Pages

Saturday, April 6, 2013

Nasi goreng kampung dan kuih cek mek molek

Semalam beli kangkung kampung dua ikat. Satu setengah ikat dah buat kangkung belacan jadi pagi ni buat la pulak nasi goreng kampung. Kangkung ni tak ble simpan lama, rosak nanti membazir pulak.
Sedap sungguh kejadiannya. Makan pulak dengan kuih cek mek molek. Sedap, sedap, sedap...hehehe. Puji masakan sendiri nampak... Cek mek molek ni kuih asal dari kelantan. Adik beradik dengan kuih keria aka kuih gelang...bezanya cuma gulanya kat dalam. Kuih gelang dah siap goreng kena sira pulak.
Ni resepi simple dari saya ye..
3 cawan nasi sejuk
1/2 ikat kangkung dipotong kecil
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*6 biji cili padi/cili api/cabai burung
*segenggam ikan bilis
2 sb sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
------
Cara2nya
Tumbuk * jangan lumat sangat. Tumiskan bahan * hingga kekuningan. Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan nasi dan kacau hingga rata. Gotwng sampai agak kering. Pastu masukkan kangkung dan gaul rata dan masak sampai kangkung layu. Jangan lama sangat sampai hilang kehijauan dan kerangupan kanglung tu tau..tutup api dan terus sendukkan dalam mangkuk supaya kangkung tu tak terlebih masak. Malan tengah panas....fuhhhhh sodap tak terkato...

++++++++++
Cek Mek Molek
Saya suka guna keledek oren berbanding yg putih sebab selain rasanya manis2 sikit, keledek ni kurang bersabut dan tekturenya juga lebih lembut.
Bahan2
3 biji keledek direbus, kupas dan dilecek/lenyek ( rebus dengan kulit2nya sekali supaya keledek ni tak benyek sangat. Cucuk2kan sekeliling keledek dengan pisau....tikam2kan dia supaya cepat empuk. )
Tepung gamdum ( jangan lebih daripada 1/2 jumlah keledek kalau nak sedap dan tak keras)
Sedikit garam seliranya keledel tadi rebus tak guna garam.
Gula secukupnya
-----
Gaul rata semua bahan dan uli sebati. Jangan risau kalau doh masih melekat2 kat tangan. Jangan tambah tepung nanti liat.
Ambil doh dan leperkan dan letak gula kat tengah2. Dan tutup gula dengan doh. Macam gambar kat bawah tu....tapi tunggang langgang sikit susunan dia sebab guna hp...nanti bila ada masa update kat my lappy....
Goreng dengan api perlahan sbb kuih ni cepat hangus. Nanti tepung dia tak sempat masak.

No comments:

Post a Comment