Pages

Thursday, April 5, 2018

UNGKEP AYAM PENCEN SEDAP


Ayam ungkep yang menjadi pujaan hati kami sekeluarga. Masakan encik somi yang memikat selera. Kali ni nampak kering skit daripada selalu sebab gambar ni diambil setelah sehari selepas dimasak. dah perangat dua tiga kali. Masa hubby masak saya outstation. Balik pulak rumah blackout sebab DB box TNB yang supply letrik ke 20 rumah hangus terbakar. Jadi dek sebab kegelapan dan kepanasan kami semua makan kat luar. Cari tempat sejuk sementara menunggu waktu melelapkan mata.


Ayam masak ungkep
@ zulfadreamland.blogspot.my

2 ekor ayam pencen atau ayam kampung - potong 8
4 batang serai - ketuk
1 1/2 sk serbuk ketumbar
1 1/2 sk serbuk jintan putih
* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
*1 ketul kunyit hidup
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi secukup rasa

***2 biji bawang besar hiris bulat
***4 biji cili hijau

Kisar *. Satukan semua bahan dalam periuk. Rebus hingga ayam empuk dan airnya hampir kering.

Masukkan bawang besar yang dihiris dan cili bila air hampir kering. Masak lagi hingga bawang dan cili layu. (Kali ni tak letak).


No comments:

Post a Comment