Pages

Thursday, April 5, 2018

Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino


Antara menu pasta yang sangat simple dan mudah disediakan. Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino. Bahan asasnya cuma pasta, minyak zaiton dan bawang putih sahaja....lain-lain tu boleh tambah ikut citarasa.

Teknik rebus pasta xpress saya belajar dari omputih kat fb.....masukkan pasta dan air cukuo paras pasta jer....pastu rebus sampai airnya kering. Guna pan non stick senang....sesekali kacau.....memang pantas berbanding didihkan air banyak2 dulu pastu baru masukkan pasta....rugi air...rugi masa dan rugi gas.


Spaghetti oglio e olio
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2

500 gm spaghetti
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 cawan minyak zaitun
1/4 sk cili kering (flake - serbuk kasar tu) atau ikut citarasa
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ( lada hitam yg tumbuk sendiri yer bkn yg dah siap kisar tu kalau nak sedap la)
1/4 cawan Italian parsley dicincang - takde stok la pulak

Kali ni letak meatball jer...nak cepat dan itu yang nampak depan mata bila bukak freezer.

Cara2

masukkan pasta dan air cukuo paras pasta jer....pastu rebus sampai airnya kering. Guna pan non stick senang....sesekali kacau..... Bila air dah kering, tuang dalam penapis, bilas sedikit dengan air sejuk atau terus tuang dalam kuali bahan yg ditumis.

Sambil rebus pasta sambil tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun hingga naik bau dan keperangan. Masukkan meatball dan  kacau dan biarkan masak. Masukkan bahan2 lain dan kacau seketika. Tutup api dan masukkan spaghetti. Gaul sebati, masukkan dalam mangkuk, tabur cheese dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment