Pages

Monday, October 2, 2017

Homemade Cream Of Mushroom Soup

Sup cendawan berkrim homemade



Menu appetizer semalam. Tetiba bersemangat waja nak sediakan hidangan lengkap ala2 hotel/restoran mewah walau pun tak semewah dan sehebat mana.

Sup cendawan berkrim

bahan

1 sb mentega
1 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
6 ulas bawang putih
1 paket cendawan shitake (hiris)
1 paket cendawan butang (hiris)
air rebusan daging - beef broth
3 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
1 tin susu cair
1/2 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.


No comments:

Post a Comment