ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Tuesday, October 3, 2017
Bubur Jagung Pulut
Kisah ahad lepas. Apa yang terlintas terus jer masak. Rasa macam nak masak jer....nak melawan sakit kepala......
Bubur jagung pulut ZLC
4 tongkol jagung - hiris isinya.
1 cawan pulut (yang dah ditanak atau 1/2 cawan beras pulut)
Air secukupnya
2 keping gula nisan/melaka @ secukup rasa (masak dengan air hingga hancur dan tapis.)
Sedikit garam
Sehelai pandan - carik2 dan simpul
2 liter santan
Rebus daun pandan, jagung hiris dan beras pulut hingga pulut masak. Masukkan gula melaka/nisan dan garam secukup rasa. Kacau sebati. Biarkan didih seketika. Akhir sekali masukkan santan. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.
No comments:
Post a Comment