Pages

Wednesday, September 13, 2017

Begedil daging


Today for the first time hakak try buat begedil sendiri...sebelum ni abnayk resepi yang hakak dah download....simpan...tapi tak terbuka hati nak cuba. Sekali gitu sabtu lepas, ada sorang hakak kariah surau sponsor begedil....sekali rasa sedap pulak....rasa dua kali pun masih sedap jugak.

Pastu anak sulung hakak cakap dia suka begedil...first time makan open hse umah kawan dia...sedap sangat katanya. Bila dah anak kata suka...hakak pun terus jadi semangat. Kebetulan jiran hakak tu ada share resepi dia kat fb. Ada print screen pastu balik jer kroje senin hakak terus proses projek begedil hakak....dah bentukkan akan simpan beku dulu... Semalam hakak masak soto untuk dinner....begedil frozen pun ada...jadi semua orang makan malam dengan hapinya...

Sekian cerita begedil hakak tadi ni.


Begedil

10 biji kentang – rebus/goreng - kisar
1 kilo daging - rebus dan kisar
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan puith
1 pokok daun sup - mayang halus
1 pokok daun bawang - mayang halus
1 biji cili merah - belah, buang biji dan hiris halus
2 biji bawang holland - hiris dan goreng - kisar
3 biji kuning telur
Garam secukup rasa

Putih telur untuk mencelup begedil

Satukan semua bahan kecuali putih telur. Kepalkan dan salut dengan putih telur yang dipukul dengan sedikit garam. Gorengdi dalam minyak yang setakat tenggelam separuh begedil menggunakan api sederhana. Bila sebelah dah agak garing barulah diterbalikkan untuk mengelakkan begedil pecah atau hancur sehingga kekuningan.

Selamat Menjamu Selera.


No comments:

Post a Comment