ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Thursday, August 3, 2017
DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN
Muffin mania....dah 3 hari berturut-turut membaking muffin. Sambutan masih memberansangkan....tu yang semangat lain macam jer 3 hari ni.
Kali ni mengolah muffin berperisa coklat dan diperkaya dengan chocolate rice.
Double Chocolate Muffins
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan A
2 biji telur
1 cawan minyak sayuran (@ mentega cair)
2 1/2 cawan susu segar
Bahan B
4 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
6 sudu kecil baking powder
Bahan C
1 3/4 cawan gula perang (boleh guna 2 cawan untuk rasa lebih manis)
1 cawan choc rice
1/2 sk garam
Cara-caranya
Panaskan oven pada suhu 180c-190c.
Ayak Bahan B dan satukan dengan bahan C dalam mangkuk.
Masukkan bahan A dan kacau rata hingga kesemuanya sebati menggunakan whisk.
Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh .
Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. (bergantung pada oven masing-masing)
No comments:
Post a Comment