ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Thursday, August 3, 2017
Ayam Ungkep
Ayam ungkep masakan jawa. Masaknya lama berjam2 menunggu ayam kampung hadiah dari jiran. Ayam kampung ori...bukan yang makan dedak atau jagung ni tau... yang hidupnya pun cara kampung....nak tangkap pun susah..kena kejar satu kampung...hehhehe.
Masakan unkep ni memang sangat2 sesuai menggunakan ayam kampung atau kalau takde carila ayam2 pencen tu.... sebab masaknya secara merenih hingga empuk...kalau ayam bandar rempah ratusnya tak sempat meresap dalam daging ayam tu dah hancur berderai... tak ada umppphhh jadinya nanti.
Ayam masak ungkep
@ zulfadreamland.blogspot.my
2 ekor ayam pencen atau ayam kampung - potong 8
4 batang serai - ketuk
1 1/2 sk serbuk ketumbar
1 1/2 sk serbuk jintan putih
* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
*1 ketul kunyit hidup
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi secukup rasa
***2 biji bawang besar hiris bulat
***4 biji cili hijau
Kisar *. Satukan semua bahan dalam periuk. Rebus hingga ayam empuk dan airnya hampir kering.
Masukkan bawang besar yang dihiris dan cili bila air hampir kering. Masak lagi hingga bawang dan cili layu. (Kali ni tak letak).
No comments:
Post a Comment