Pages

Friday, April 14, 2017

Tembosa ikan aka Karipap inti Ikan Terenggnu dan Pahang


Eleh....karipap jer kot.... No no no.....ini bukan karipap biasa tau....karipap atau dikenali juga dengan nama tembosa/temosa inti ikan. Kuih traditonal dari Terengganu dan katanya terdapat juga di Pahang.
Inti tu kalau rasa-rasa tak suka kelapa parut, boleh letak isi ikan semata. Sedap ke????? Mesti la sedap....tak percaya, cuba try test ikut resepi yang saya bagi tu....mesti tak cukup seketul. Saya semalam pun lepas makan nasi, boleh lagi sumbat kuih ni dua tiga ketul.

Resepi kulit kalini saya try resepi tarunnisa, biasanya resepi saya tak guna campuran tepung lain, cuma tepung gandum semata2. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan.



Tembosa ikan aka Karipap inti Ikan Terenggnu dan Pahang
Zulfaza Loves Cooking

1 1/2 cawan gandum
1 sb penuh tepung beras
1 sb penuh tepung ubi
1/2 sb gula
secubit garam
1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
4 sudu besar minyak panas
air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)

caranya

gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin
kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
goreng dlm api sederhana panas
insyaallah jadi licin molek je


Inti ikan 

3 ekor ikan kembung (guna pelaling/sardin pun boleh)
2 biji bawang besar - cincang
1 inci halia - cincang
3 ulas bawang putih
1 sk serbuk lada hitam/putih
1 sk halba
1/2 cawan kelapa parut - optional*
1/2 cawan  santan
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan cili padi jika suka

Rebus ikan. Perisikan. Satukan semua bahan di dalam kuali. Kacau sehingga agak2 kering.

4 comments:

  1. Salam sis,thanks for the sharing,nak tanya intinya ni boleh dpt berapa biji karipap

    ReplyDelete
  2. Salam sis, thanks for the sharing, nak tanya intinya boleh dapat berapa biji karipap

    ReplyDelete
  3. NGENCES DAH HUJUNG MINGGU BUAT LAH .SAYA PERNAH MENETAP DI KUALA TERENGGANU DAN PERNAH BELAJAR DI TERENGGANU BUAT UASAH IDOK WAT YE ROS

    ReplyDelete