Pages

Wednesday, April 26, 2017

MUfin Pisang Cip Coklat



Kisah semalam...sekembali dari pejabat. Anak dah lama bagitau nak bawak something untuk bagi pada kengkawan sempena birthday dia. Sepanjang perjalanan balik dari pejabat semalam  dok fikir apa yang nak dimasak untuk memenuhi hasrat dia. Bila terpandang resepi perkongsian dari Zuraidah dari group telegram kk@pbt terus macam terpikat dan kebetulan dulu semalam ada beli sesikat pisang berangan yang belum masak sangat. Semalam sampai rumah tengok pisang tu memang dah cukup sempurna masaknya dan sesuai sangat dikorbankan untuk buat kek/muffin. 

Mula-mula saya cuma adun dua bancuhan. Dapat lebih kurang 50 ketul mufin comel. Bila masak masing2 makan tak cukup satu....sedap sangat pulak katanya. Memandangkan kawan sekelas anak lebih 40 orang jadi saya adun satu bancuhan lagi dengan pisang yang berbaki 4 biji, saya tambah 4 biji pisang lemak manis dan segengam mulberi.....kali ni saya kisar bahan A guna pengisar. Saja nak tengok perbezaan hasil. Hasilnya takde beza pada saya....tanpa atau dengan pengisar hasilnya tetap lembut, gebu dan sedap....yumyumyum. Ingatkan ada lebih untuk dibawa ke pejabat tapi ermmmmmmmm.....Alhamdulillah. Habis...boleh buat lagi nanti.


Muffin Pisang Cip Coklat
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A

5 biji pisang berangan - lenyek
2 biji telur gred C
80 gm minyak masak
110 gm gula perang
1 sk esen vanila
- satukan dan adun sebati guna senduk atau whisk sahaja. (Resepi asal kisar sebati)

Bahan B

190 gm tepung gandum
1 sk Baking Powder
1/2 sk Baking Soda (sodium Bikarbonat)
1/4 sk garam
1/2 cawan choc cip

Masukkan B (dan 1.4 cawan cip coklat) ke dalam Bahan A. Gaul sebati menggunakan whisk atau senduk. Isikan adunan ke dalam muffin cup 1/3 penuh dan tabur baki cip coklat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 15 minit pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga masak.


No comments:

Post a Comment