Pages

Monday, April 17, 2017

Makloubeh (Up Side Down Chicken Rice)



Menu hari minggu. Nasi arab Makloubeh /maqluba (up side down). Nasi ni dinamakan begitu sebab cara memasaknya....sayur, lauk disusun didasar periuk diikuti dengan nasi. Bila dah masak terbalikkan periuk ke atas dulang dan hidangkan. 

Nasi ni antara menu nasi arab yang ppular di Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Palestine, Saudi Arabia, Syria, dan Turkey. Sedap sangat dan berbaloi  dengan proses penyediaannya yang agak renyah. Bahan tak berapa nak sempurna. Kentang saya guna US potato...terlalu lembut setelah masak....dan bahan untuk salsa pun takde jadi saya hidangkan dengan sambal belacan jer...huhuhu. 

Selepas pukul 3 barulah siap makan...selalu lambat masak kalau weekend......berbaloi menunggu...Alhamdulillah.

Sumber saya kali ni kalau tak salah saya masih lydia honey....saya terlupa mencatatkan sumbernya masa mengopi resepi agak lama dulu. Tapi apapun...terima kasih berbanyak2 kepada yang berkongsi resepi lazat ni.


Makloubeh (Up Side Down Meat and Rice)
@ zulfadreamland.blogspot.my - ZLC

Bahan A

600 gm lamb shoulder - potong kiub besar - bersih, remdam air asam/cuka 10 minit dan toskan
3 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
3 inci halia
1 biji bawang besar-potong 4
2 ulas bawang putih- belah 2
3 kuntum bunga cengkih
2 biji cardamom pods
1/2 cmt Arabic mixed spices
1/4 cmt lada hitam powder
1/4 cmt cumin powder
1/4 cmt serbuk kunyit
1/4 cmt serbuk pala
Garam secukup rasa
Air untuk merebus
Toasted pine nuts jika suka

Rebus ke semua bahan A lebih kurang 1 jam hingga lamb benar- benar empuk. Keluarkan lamb, tapis air rebusan, buang segala sampah sarap kat dalam tu dan ketetpikan. Sementara menunggu lamb masak bolehlah prepare Bahan B.


Bahan B

Bunga kobis (medium size) potong macam buat tomyam
1 biji kentang (sederhana besar) kupas kulit, potong bulat setebal 1cm, bersihkan dan toskan airnya.
1 biji terung (medium size), kupas kulit jika suka, potong bulat setebal 1cm, bersih dan toskan
Goreng semua bahan B secara deep fry hingga golden brown (satu persatu tau!!!...) atau bagi yang nak diet tu bolehlah grill jer tapi makan masa lebih. Ketepikan.

Bahan C

2 cawan basmathi, cuci, rendam 20 minit dan toskan
3-4 sb minyak masak
Air secukupnya utk merebus nasi
2 1/2 cawan air rebusan ayam

Dalam periuk besar, didihkan air biasa yg banyak hingga mendidih bersama garam dan minyak, masukkan beras, biarkan dalam 15 minit hingga beras 1/2 masak dan toskan airnya.

Susun kentang menutupi dasar periuk diikuti dengan terung, bunga kubis, lamb dan akhir sekali masukkan beras yg separuh masak tadi menutupi semua sayuran dan lamb.

Masukkan 2 1/2 cawan stock/ air rebusan tadi  tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, dengan api perlahan tanak nasi hingga masak lebih kurang 15-20 minit.

JANGAN dikacau nasi kalu nasi agak keras tambahkan sedikit lagi stock ayam dan masak lagi untuk beberapa minit.

Bila nasi dah masak, biarkan 5-10 minit, jangan buka penutupnya. Selepas tu buka penutup periuk dan aluminium foil..terbalikkan periuk ke atas dulang atau pinggan besar…tara..jadilah UP SIDE DOWN RICE macama ala kek pineapple upside down tu.. jika suka taburkanlah sikit pine nuts. Hidangkan bersama Fatush (salad) dan yogurt..

No comments:

Post a Comment