Pages

Sunday, April 16, 2017

KUIH KASWI PANDAN

Resepi dari sumber myr saya oleh untuk menediakan kuih kegemaran sarapan pagi kami. Kuih kaswi lembut dan harum dengan aroma pandan segar ni memag jadi kegemaran saya dulu kini dan selamanya kot. Saya tak suka sangat kalau gunakan perasa dan pewarna tiruan tu....kurang umppp.

Kuih ni saya sediakan sambil2 temankan chef cilik buat buah melaka. Sambil pantau....yer la...budak2 kat dapur ni kena juga dipantau orang dewasa....2 jenis kuih hidangan sarapan pagi bertemakan hijau beraroma daun pandan...sedap...berkhasiat..


KUIH KASWI PANDAN
Zulfaza Loves cooking

2 cawan  air pandan ~ ambil 10 helai daun pandan potong kecil masuk didalam blender, tambahkan 2 cawan air dan kisar halus. Kemudian di tapis

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
2/3 cawan gula pasir
1 sudu kecil air kapur makanan

secubit  garam ~ gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut ~ putih sahaja


Satukan semua bahan kecuali kelapa dan kacau sebati. Kemudian tapis adunan supaya adunan rata.

Tuangkan di dalam loyang  8 inci atau boleh juga tuangkan ke dalam acuan kecil yang telah di oleskan minyak.

Kukus di dalam kukusan yang telah mendidih airnya. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis di atas kuih
Kukus selama 30 ~ 40 minit jika menggunakan loyang atau 20 minit jika menggunakan acuan kecil.

Setelah masak sejukkan kuih hingga benar-benar sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik yang telah di oleskan sedikit minyak. Hidangkan bersama kelapa putih yang telah di gaulkan dengan sedikit garam.


*Jika semasa mengangkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment