Pages

Tuesday, February 28, 2017

Mee Rojak Mamak Style


Atas permintaan anak2. Nak makan mee dengan kuah kacang mani2 macam haritu. Kuah passembur haritu ada sedikit bakinya yang saya simpan beku. Jadi pepagi tu tingal panaskan kuah, rebus telur, goreng apa yang patut, celur mee dan hiris sayuran......siap hidangan sarapan.

Resepi sama dengan yang sebelum ni dari sumber mamak haji. Raya nanti boleh la buat menu ni jer utk tetamu...


RESEPI KUAH PASSEMBUR

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus, lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus.

125gm kacang tanah. Kacang tanah digoreng dan  kisar.

10 – 15 biji cili kering. Goreng sehingga ranggup, kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok.

Masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api.

2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.

Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain.

Masukkan garam secukup rasa.


Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh.

Caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit.

Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan.



RESEPI CUCUR KELAPA UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun - saya bakar dalam oven
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan kelapa parut. Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak.

4. Uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali.

5.Goreng cucur hingga keperangan. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan.

Akhir sekali hidangkan bersama kuah, cucur, tauhu gorengkan dan di potong dadu, telur rebus yang digoreng, mee celur, taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.


No comments:

Post a Comment