Pages

Monday, September 5, 2016

Tips menyediakan bubur nasi dalam masa 15 minit tanpa periuk tekanan (Preasure Cooker)



Hari ni saya nak share tips macam mana nak sediakan bubur nasi dalam masa 15 minit. Tips ni sangat2 membantu bagi ibu2 yg kesibukan untuk pergi kerja tapi perlu menyediakan bubur nasi untuk sarapan pagi atau makanan bayi kecil mereka.

Waktu pagi biasanya terkocoh2, nak siapkan sarapan, nak siapkan anak2, nak kejar waktu untuk ke pejabat....jadi dengan adanya tips mudah ini dapatlah membantu ibu2 menyediakan makanan sihat untuk bayi mereka dan sarapan ringkas untuk keluarga.

Macam saya ni takde baby pun tapi sesekali anak2 request nak sarapan dengan bubur nasi. Kalau sebelum ni saya terpaksa guna periuk noxxa tu tapi macam tak berbaloi pulak nak keluarkan periuk dan mencucinya nanti sebab nak masak sikit jer. Satu lagi, bukan semua orang memiliki periuk tekanan di rumahkan...

Tips ni saya perolehi dari huda dikongsi di group MAHN. Memang berbaloi-baloi...jimat masa, jimat gas....15 minit sahaja diperlukan untuk menukar beras menjadi bubur. Tak perlu lagi menunggu sejam dua untuk beras kembang.

Anda semua nak tau tak macam mana.....jom baca seterusnya...😃😃😃. Saya tak letak sebarang sukatan...terpulang nak buat banyak mana pun, caranya sama sahaja.

Bubur nasi 

Beras - cuci bersih dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Masukkan air sehingga tenggelam semua beras. Tutup bekas dan simpan di dalam freezer hingga beku. (Boleh sediakan pada sebelah malam) 


****saya mula merebus jam 5.37 am (gambar atas), nasi kembang 5.52 am (gambar bawah).



Keluarkan beras yang telah beku dan masuÄ·kan ke dalam periuk. (Tak perlu defrost). Tambahkan air secukupnya dan pasang api kuat. Rebus beras hingga kembang selama 15 minit. Sesekali kacau supaya tidak berkerak. 

Boleh la tambahkan sayuran, bilis, isi ayam dan lain2 ikut citarasa. 

No comments:

Post a Comment