Pages

Tuesday, September 6, 2016

Pucuk midin tumis


Menu ringkas aje malam2. Pucuk midin buah tangan dari mukah yg dibawa oleh anak buah yg pulang ke kolej tak disimpan lama. Tambah pulak peti sejuk tu tengah meragam.....almaklumlah dah lebih 12 tahun berkhidmat tanpa cuti. Dah cukup tua dan pulang modal membelinya kata orang.....memang alah membeli menang memakai.

Selepas sekian lama teringin nak makan akhirnya, lepas mengidam nak makan pucuk midin. Susah nak dapat....kat semenanjung takde. Buat tumis simple2 jer pun dah sedap.....padankan pulak dengan ikan cencaru bakar cicah sambal kicap jer. Habis semuanya clear malam tu jugak.


Pucuk midin tumis simple2 ajer

4 ikat pucuk midin - siang dan cuci bersih, toskan

Tumbuk

sejemput ikan bilis
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
cili padi secukupnya (ikut nak pedas mana)

Minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan pucuk midin dan gaul rata. masak hingga sayur layu. perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati dan tutup api. Pindahkan sayur terus ke dalam bekas hidangan.



No comments:

Post a Comment