Pages

Sunday, July 3, 2016

Moreh 26 : Badak berendam

Badak berendam atau dikenali juga sebagai puteri mandi.


Kuih traditional yang bukan sahaja femes di Malaysia malah di indonesia juga. Di sana kuih ni lebih dikenali dengan nama puteri mandi dan beberapa nama tempatan yang lain.

Bila saya bawa kuih ni untuk moreh rupanya ada juga jemaah yang tidak mengenalinya. Terlalu banyak kuih muih yang sesetngahnya diberi nama lain dan penampilannya berbeza. Memang ada jer yang kita belum pernah lihat, makan dan ada yang kita biasa makan tapi ditempat lain lain namanya.

Kemudahan internet ni membolehkan kita kenal banyak masakan dari pelbagai pelusuk negeri dan luar negara.


Badak berendam ZLC

Untuk body yang warna hijau

Satu paket tepung pulut
10 helai daun pandan dikisar dengan air secukupnya dan tapis.
(kalu takde daun pandan ble guna pewarna)
Sedikit garam

Masukksn tepung dalam besen, masukkan garam dan gaul skit. Tuang air pandan sedikit2 sambil uli hingga jadi doh yg lembut.

Ambil doh....agak2 la nak besar mana.... leperkan dan letak inti, bulatkan. Buat sampai habis.

Didihkan air dalam periuk. Rebus bebola hingga timbul atau masak ler...

Angkat bebola dan masukkan dalam periuk santan dan biarkan didih seketika.

Inti Kelapa

1/2 biji kelapa parut (cari kelapa muda skit)
Garam, gula merah, gula putih secukupnya - ikut citarasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit air

-------
Satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali. Masak hingga agak kering. (Jangan kering sangat tak best). Buang daun pandan tadi.

Utk kuah

5 cawan santan
1 sb tepung gandum
Sedikit garam

-------

Masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan. Kacau selalu sepaya tak pecah minyak.

No comments:

Post a Comment