Pages

Tuesday, July 5, 2016

Iftar 29 : Bihun Goreng


Menu iftar 29, request by SIL @ Taman Kempas, JB. Niatnya nak ziarah jer, pastu nak balik berbuka kat umah MIL tapi bila dipujuk rayu (hehehe) akak jadi cair....lepas berbuka baru balik kampung.


Bihun Goreng @ ZLC

1 paket bihun - rendam
2 keping fish cake - potong kecil
15 biji chicken/meat ball - belah 2 @ 4
20 ekor udang sederhana - buang kulit
1 batang lobak merah - potong lidi
2 pokok sawi - potong kecil

6 sb sos tiram
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar kicap
Garam secukup rasa

Kisar

15 biji cili kering (ikut citarasa)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih

Minyak untuk menumis


Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos, garam dan kicap. Gaul rata. Kemudian masukkan fish cake, chicken ball dan udang. Kacau dan biatkan seketika .


Masukkan bihun. Kacau sebati. Goreng hingga sos meresap ke dalam bihun sepenuhnya. Masukkan lobak dan sawi. Gaul rata. Masak hingga sayur empuk. Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan supaya sayur tak benyek.


No comments:

Post a Comment