Pages

Wednesday, June 1, 2016

Nasi limau purut


Sarapan pagi istimewa. Nasi limau purut yang seakan2 nasi beringin. Sedap....lemak....harum baunya. Kalau ikut resepi asal, bahan-bahan tumis cuma dihiris sahaja tetapi saya kisar halus semua bahan untuk mendapat aroma dan rasa yang lebih authentic. Lagi pun takde la anak2 saya terkial2 memilih bawang, halia dan lain2 tu semasa makan. Proses menyuap makanan jadi lebih lancar gitu....

Idea nak mencuba resepi nasi ni timbul bila tertengok post fb sis linapg....walau pun tengok gambar, haruman limau purut tu menerjah kehidung ni. Elok pulak pokok limau kat pasu depan rumah ni makin cantik dan lebat daunnya berbanding selalu.
Saya google resepi jumpa resepi Chef Zaidah Mohd Noor di blog masam manis....saya olah caranya ikut citarasa.


NASI LIMAU PURUT @ ZLC

2 sudu besar mentega
*1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
*2 ulas bawang putih ~ dihiris
*4 ulas bawang merah ~ dihiris
*1 batang serai ~ dititik
*4 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air (saya guna santan)
125 ml pati santan (saya guna keseluruhan 2 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa)
1 sudu besar stock ayam (tak letak)
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau (tak letak)

Panaskan mentega di dalam periuk. (Saya kisar halus *)
Tumiskan bahan-bahan hiris/kisar hingga wangi.
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar.
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras.
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering.
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau.
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.

**********************************************
Pelengkap hidangan nasi limau purut pagi ni.....Daging sekg Bawang sekg, Sambal tumis tomato, ikan kering goreng, asam pedas ayam dan timun.

Resepi boleh klik di link.
1. Asam Pedas Abang Sado JJ
2. Daging Sekilo Bawang Sekilo
3. Sambal Tumis Bilis

Daging Sekilo Bawang Sekilo

Sambal Tumis Bilis

 

Ikan Kering dari Mukah...pemberian ipar yang tinggal disana....rangup macam keropok.....stok akhir....abis dah....

No comments:

Post a Comment