Pages

Monday, March 28, 2016

Gulai pucuk ubi tumbuk

Semalam punya cerita. Menu makan tenghari di kampung, masakan sepupu saya, Kak Mah. Dah namanya rezeki Allah dah tentukan, plan asal nak amik atuk kat kampung, tengahari singgah jer mana2 makan. Tapi tak lama selepas kami sampai, sepupu datang hantar gulai ni dan ikan masak taucu. Rupanya atuk ada menyebut teringin nak makan gulai ni masa sepupu datang jenguk dia petang sebelum tu. Alhamdulillah dapat tumpang sekaki melepaskan rindu pada masakan ni.

Rasa dia????.....Subhanallah.....sedapnya....cukup pedas, lemak, masinnya. Dah lama benar tak menjamah masakan ni. Dulu masa duduk di kampung selalu juga la masak pucuk ubi tumbuk ni....masuk terung rembang/pipit atau petai.

Gulai pucuk ubi tumbuk ni banyak juga versinya, ada yang tambah taucu, ikan masin.....ada yang tak rebus dulu pucuk ubinya - tumbuk dan terus masak dengan santan dan lain2. Ada sesetengah tu tak tumbuk tapi lepas celur dihiris halus jer....

Gulai pucuk ubi tumbuk @ ZLC

Bahan2:

pucuk ubi dalam dua cekak - tanam sendiri jadi takde la ikat2
2 kuntum bunga kantan - hiris
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugur
santan dr sebiji kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk 

15 tangkai cili padi (ikut nak pedas mana)
5 ulang bawang kecil
1 ketul kunyit hidup

1 genggam ikan bilis (tumbuk jangan halus sangat)

cara2:
  • celur pucuk ubi - separa empuk je, tos dan tumbuk halus (jangan sampai lumat).
  • tumbuk sedikit ikan bilis
  • tumbuk lumat cili padi, kunyit dan bawang.
  • masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • didihkan pada api perlahan, perisakan garam secukup rasa.

*****Petua/cara orang dulu2 kalau masak lemak terutamanya
  • Masak gulai guna bawang kecil, jangan guna bawang besar
  • guna kunyit hidup 
  • guna garam kasar yang ditumbuk sekali dengan bawang, cili
  • santan kena perah patinya dan ketepikan, kemudian baru perah yang cair. Pati santan dimasukkan kemudian, setelah gulai mendidih. Pastikan masak gulai lemak jangan sampai santan pecah minyak, kena selalu kacau dan jangan tinggalkan periuk atas api tanpa dijaga. 

No comments:

Post a Comment