Pages

Tuesday, March 29, 2016

Gulai lemak pisang muda dengan ikan masin

Gulai lemak pisang muda dengan ikan masin jadi menu pilihan tengahari semalam.....masakan kampung lagi. Pisang ni saya beli dari gerai tepi jalan selepas pekan Kampung Gajah. Borong sekali pisang tanduk, pisang abu, pisang awak, asam keping dan tepung goreng pisang. Kami sengaja lalu jalan dalam sebab boleh tengok2 kawasan kampung, sungai, sawah (tapi kali ni sawah belum musim menanam lagi). Ada penjual2 sayur atau produk kampung yang lain boleh singgah beli. Kalau ikut highway bosan, takde pemandangan yang menarik nak di tatap. Tapi bila ikut jalan dalam ni masa perjalanannya jadi lebih panjang....jalan sempit dan tak rata, kalau kena follow belakang lori atau bas jenuh la jugak. 

Bebalik kepada cerita gulai ni, bukan saya yang masak, atuk dengan kakak yang masak.....hehehe. Saya jadi jurufoto ngan tukang makan jer. Masa kat kampung, gulai ni salah satu menu kenduri kendara juga....sedap sangat bila dihidangkan dengan pekasam goreng, sambal belacan, ulam2, ikan goreng.....makan ramai2 kat bawah pokok atas pangkin.....rindunya suasana kampung dulu2.

 
Gulai lemak pisang muda dengan ikan masin @ ZLC

Bahan2
 
1/2 sisir pisang muda ( Pisangnya agak besar jadi masak separuh aje - saya guna pisang emas)
1 biji kelapa ambil santan secukupnya 
1 keping ikan masin - kalau ada bahagian2 tulang tu pun ok (Kurau/talang) - potong kecil
garam secukup rasa
2 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugur (optional kalau saya tak letak ikan masin - kalau guna ikan masin saya tak letak asam gelugur)

Bahan2 ditumbuk halus
 
5 ulas bawang merah
15 biji cili padi(cili padi ni adjust ikut kepedasan yang kita suka)
1 inci kunyit hidup 
segengam ikan bilis kopek (optional kalau saya tak guna ikan masin, saya letak ikan bilis sebagai perencah)

Cara2 menyediakannya
 
Pisang di potong hujung & pangkal, siat2 lapisan kulit hijaunya sahaja dan barulah dipotong serong. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang (jangan lama sangat, agak2 dalam 5-7 minit), toskan. Masukkan pisang yang dah ditos ke dalam periuk semula.
 
Kemudian, masukkan santan serta semua bahan2 lain. Didihkan santan sambil sentiasa dikacau agar santan tak meruap dan pecah minyak. (Kalau buat pati santan boleh tuangkan pati santan). Biarkan seketika dan perisakan dengan garam secukup rasa.  Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan lauk2 pilihan yang lain.

***** Kalau masak menggunakan ikan masin, seelok-eloknya ikan tersebut direndam seketika. Garam diletakkan kemudian, biasanya sebelum tutup api sebab rasa masin dari ikan akan turun ke kuah dan kadang2 kita perlu tambah sedikit saja garam. 



No comments:

Post a Comment