Pages

Thursday, September 24, 2015

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

Hahaha......akhirnya jadi juga buat brownies ni...coklat dia dah dekat seminggu saya cairkan tapi tersadai dalam periuk tu jer. Mood membaking takde....tapi semalam dikutkan jugak semangat nak menyelamatkan coklat tu dan baki topping coklat. Resepi ni di rujuk dari Juicy Cake. Resepinya sangat ok...


Saya ada ejas2 sikit bahannya...gula tu saya kurangkan dlm 20 gm dan serbuk coklat saya lebihkan 10 gm sebab nak habiskan stok. Tepung naik sendiri takde jadi saya guna tepung gandum campur baking powder....

Pastu bako pulak patut dlm loyang 10 × 10 tapi sbb guna oven kecil saya guna jer loyang 8 × 8......sudahnya masa memasak lebih dan brownies jadi sedikit kering.....


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko 


Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.


No comments:

Post a Comment