Pages

Friday, April 3, 2015

NASI LEMAK HUJAN PANAS

Sarapan pagi ni ilham dari  rinsca@myresepi. Hujan panas dini hari....heeeee. Saya hidangkan dengan sambal kentang, telur rebus dan timun....

Caranya saya buat sedikit berbeza....saya tumis bawang2, halia dan sedikit bunga cengkih dengan sedikit mentega. Bila nasi dah masak baru saya tuangkan bahan tumis dan kareh.

NASI LEMAK HUJAN PANAS
Bahan
2 cawan beras - dicuci bersih
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air - ikut jenis beras
2 ulas bawang putih - di mayang halus
1 inci halia - di ketuk / dihiris halus
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
Selepas 2 minit nasi masak barulah di kareh nasi supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
Sambal kentang
3 biji kentang potong wedges (goreng dan ketepikan)
*1 cawan bilis
*3 biji bawang besar
*10 ulas bawang merah
*20 biji cili kering (rebus/rendam hingga lembut)
1 sk asam jawa (bancuh dengan 1/4 cawan air)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kisar *. Tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan gula. Kacau seketika. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati. Masukkan kentang dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Tambah air jika perlu.

No comments:

Post a Comment