Pages

Sunday, February 22, 2015

Sardine puff cara mudah menggunakan roti paratha

Aktiviti petang hari minggu...... dua tiga menjak ni member2 group wasap sekolah asyik dok post sardine puff paratha mudah nih....saya pun jadi tak sabar2 nak cuba....cam senang jer....cam sedap jer....

jadi ini la hasilnya.....paratha tak rupa lempeng lagi....haaaaahaaaahaaa.....bestnya...jom la tengok resepi jap...

Sardine puff @ ZLC

bahan2

1 tin besar sardine
1 biji bawang holland dicincang
cili padi dihiris halus
Sedikit garam 

Buang sos sardine dan tulangnya. Hancurkan sardine dan satukan dengan bahan2 lain dan gaul rata.

12 keping roti paratha
1 biji telur dikocok untuk sapuan

Cara2nya (rujuk gambar dibawah)

Bahagi 2 roti. Letakkan inti sardin ditengah2. Lipat menjadi bentuk 3 segi. Tekan hujungnya dengan garfu atau klim macam karipap.
Susun atas loyang digris dengan mentega. Sapukan telur. Bakar pada suhu 180°C selama setengah jam atau hingga keperangan.







No comments:

Post a Comment