Pages

Monday, February 23, 2015

Hanith/haneth lamb/nasi arab hanith kambing

Menu untuk tetamu istimewa hubby...... Alhamdulillah, walaupun hubby takde tapi berkesempatan juga melayan tetamu (tempat kerja hubby sebenarnya) bersama2 kawan2 hubby. Anak2 pakat demam ramai2....tak sempat nak buatkan cuppies....potong buah jer jadi pencuci mulut....

Masih kekal menggunakan resepi dari sumber yang sama dengan sebelum ini iaitu lydia honey.....



Sup daging

bahan2nya

750 g kambing (bertulang - shoulder)
2 pcs bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg cinnamom stick
5 kuntum bunga cengkih
1/2 tsp cumin powder
1/4 tsp cardamom powder
1/2 tsp black paper
1/2 tsp coriander powder
1 biji fresh tomato- buang kulit & di dadu besar
1 biji loomy( limau kering)- optional-tak letak pon tak per saja nak rasa masam, just gantikan ngan 1/2 biji jus lemon.
* Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus daging

cara2nya

Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker kecuali bahan * , rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Ketepikan

Lamb
bahan2nya

1 tbsp cumin powder- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp coriander powder (serbuk ketumbar)
1tsp Arabic mixed spices
1-2 tbsp minyak masak
1/3 cawan air rebusan daging

cara2nya

Letakkan kesemua daging yang direbus tadi ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga ok, masukkan sedikit air sup tadi (di atas), dalam 1/3 cawan dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer. 


Nasi

bahan2nya

2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selama 30 minit & toskan
1 tbsp tomato paste
1/2 tsp yellow food coloring
3 kuntum bunga cengkih*
A pinch of cardamom powder..kalu tak de letak 2 biji jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 tsp cumin powder*
1/3 tsp Arabic mixed spices
3 tbsp minyak masak
1/2 tsp rose water
Air + air rebusan kambing secukupnya sbb ikut jenis beras kan.. (beras pusa: 1 cwn beras : 1 1/4 cawan air/cecair)

cara2nya

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap. Masukkan tomato paste dan pewarna, biarkan selama 1 minit.
Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit. Tanak seperti biasa..


Salasa hara

1 pokok daun ketumbar
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 biji lemon (perah airnya)
5 biji cili hijau
cili padi jika mahu pedas
Garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Kisar semua bahan, jgn terlalu halus.


Garden of salad...


Saya hidangkan juga nasi ni bersama arabian al faham chicken... takut ada tetamu yg tak suka lamb....

Arabian Al faham chicken....rupa ada iras2 ayam percik tapi rasa jauh berbeza....sedapppp....

No comments:

Post a Comment