Pages

Sunday, October 19, 2014

Serunding kelapa nasi ambeng


Encik hubby tetiba teringin makan serunding kelapa jawa style......apalagi....balik pasar jer beliau terus mengerjakan serunding nih semalam....tapi bukan nak makan semalam pun sebab semalam menu nasi daging...

Serunding di dihidangkan dengan sambal goreng dan ikan gereh maka jadilah nasi ambeng untuk santapan tengahari ni...

Serunding kelapa

1/2 biji kelapa muda parut 
* 6 biji bawang merah
* 5 ulas bawang putih
*1 inci halia
 *2 sb udang kering 
Garam dan gula secukup rasa
-------
 Tumbuk lumat *. Masukkan kelapa parut, * dan cili, gaul rata. Perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. (kalau terlalu kering, masukkan sedikit air agar semua bahan sebati.
Masak hingga serunding agak kering. Kacau selalu supaya tak hangit.


No comments:

Post a Comment