Pages

Tuesday, August 5, 2014

Nasi aswan

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili) sumber : ummizaihadi ini menjadi pilihan menu makan tengahari ini....nasi ni takde hiasan sebab kesuntukan masa mengejar waktu kaum2 adam nak pergi solat jumaat...

Saya menggunakan ayam kampung, untuk mengempukkannya saya masakkan dalam preasure cooker selama 20 minit.

Bahan-Bahan:

1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 20 minit)
Air mengikut paras beras (kalau guna jari sukat air sama paras dengan beras, maknanya kalau beras tu dua ruas jari airnya pun dua ruas - atau guna cawan 1 beras: 1 1/4 air)
1 ekor ayam - potong ikut suka 
5 biji bawang besar - potong dadu
8 ulas bwg putih - dicincang 
2 jari halia muda - dihiris 
10 biji tomato segar - dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree 
10 biji buah pelaga -dipecahkan 
5 kuntum bunga cengkih 
5 cm kayu manis 
1 sudu teh serbuk lada putih 
1 cawan minyak conola/masak
1/2 cawan hirisan daun ketumbar 
1/2 cawan daun pudina 
garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:

1/2 cawan bawang goreng
1/2 caw hirisan badam goreng 
1/2 caw gajus goreng 

Cara-Cara:-

Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.

Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.

Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)

Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).

Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.

Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.

Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).

Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.

Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.


Lauk tambahan - arabic seven spices roasted mutton.
Lepas perap dengan seven spices serta safflower secukupnya, saya masakkan dalam preasure cooker selama 40 minit. Kemudian, saya tuang sos bbq homemade dah bakar dalam oven pada suhu 250 c selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment