Pages

Friday, June 6, 2014

Sambal cili hijau terung pipit

Jom try resepi sambal ni pulak... terung pipit ni mungkin ada yang tak pernah makan....sayur kampung. Nak beli kena cari kat pasar2 tani atau kedai yg jual sayur2 kampung.
Sambal ni buat untuk bekal perjalanan ke taiping menziarah bapa saudara yang sakit....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Sumber resepi kak jee

2 cawan terung pipit, cuci dan toskan
2 genggam ikan bilis kembong, dibersihkan dan buang tulangnya, rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
7 biji cili hijau, hiris
1 camca besar penuh taucu
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1 camca teh pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan sedikit gula

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan taucu dan kacau rata. Tambah bawang besar dan cili hijau. Masukkan pes asam jawa, belacan yang telah dilarutkan tadi, ikan bilis kembong (toskan) dan terung pipit. Kacau rata.

Masak dengan api sederhana hingga terung pipit lembut. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula jika suka. Masak hingga pekat (kalau terung pipit belum lembut, anda boleh tambah sedikit air panas). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

***********************************************

Sedikit info berkenaan terung pipit dari sumber ini...http://comeylote.blogspot.com/p/pokok-herba.html?m=1

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Khasiat

Secara saintifik

Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Secara tradisi

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.

Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).

Sumber photo : wanie4shared.blogspot

No comments:

Post a Comment