Pages

Saturday, June 7, 2014

Ceritera kunyit di ladang sekangkang kera

Banyaknya khasiat kunyit ni rupanya. Selama hari ni yang saya pasti untuk kecutkan rahim, dikisar dan jusnya diminum untuk ibu2 lepas bersalin. Dan yang paling kerap, saya gunakan sebagai pewarna dan perasa dalam lauk- pauk. Sekarang ni stok kunyit hidup sentiasa ada. Serbuk kunyit cuma guna untuk goreng ikan jer...kalau buat masak lemak ker asam pedas ker dll2 tu saya guna kunyit hidup....lebih sedap dan wangi masakan tu nanti.
Bila buka fb pg tadi tengok ada jiran mention nama kat post yg dia share pasal kunyit nit.... bagus2....saya pun memang ada tanam kunyit  untuk daunnya....pokoknya subur sampai tak termakan...jiran jemiran pun boleh ambil...kat depan rumah tu jer pun...
Ni la kunyit yang saya tanam kat depan rumah....daunnya sampai kering2 tak diambil....selain daunnya guna buat rendang, masak lemak, sambal tumis udang, sayur bening.......hiris halus2 buat cucur pun sedap....

Kat bawah ni khasiat kunyit yg saya cnp dari mymetro tu...

Anti radang yang berkesan 
Setiap penyakit bermula dengan radang dan kurkumin adalah anti-radang yang sangat baik,” katanya. 
Kajian mendapati kurkumin menyekat molekul NF-kB daripada bergerak ke dalam sel nukleus dan menghidupkan gen yang berkaitan dengan keradangan. NF-kB dipercayai memainkan peranan utama dalam banyak penyakit kronik. 

Meneutralkan radikal bebas dalam badan 
Menurut sekumpulan pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, Amerika Syarikat, kurkumin salah satu komponen kunyit mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel badan. 
Radikal bebas adalah bahan kimia yang terkandung di dalam badan akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. 
Ia tidak stabil dan boleh mempercepatkan peng­hasilan sel kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit yang menyebabkan penuaan kulit. 
Oleh kerana itu, kurkumin bersifat antioksida, maka ia mampu melawan radikal bebas ini di dalam badan dan mengu­rangkan risiko penyakit kronik. Malah, kurkumin juga meningkatkan aktiviti enzim antioksida secara semula jadi di dalam badan. 

Bertindak balas de­ngan­ sel kanser 
Prof Bharat Aggarwal dari Anderson Cancer Center di Amerika Syarikat menjalankan banyak uji kaji terhadap sekumpulan besar pesakit kanser hati yang tidak menjalani proses kemoterapi. 
Didapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil de­ngan sendirinya. Beliau menerangkan bahawa kurkumin efektif terhadap beberapa jenis penyakit barah kerana ia mampu me­nyekat angionesis, iaitu pembuluh yang membekalkan darah kepada sel kanser. 
Beliau menegaskan: “Pada pendapat saya setiap penyakit barah mampu bertindak balas dengan kurkumin. 
Kurkumin begitu berkesan terhadap kanser kerana ia mencecah bukan sahaja sasaran tunggal atau isyarat sel laluan (cell signaling pathway), tetapi berpuluh-puluh sasaran terhadap kanser.” 
Ini bukanlah penemuan pertama mengenai tindak balas kur­kumin terhadap kanser, tetapi terlalu banyak kajian yang sudah dijalankan sebelum ini berkenaan kesan kurkumin terhadap pelbagai penyakit barah. 

Cegah kemurungan Alzhei­mer 
Suatu masa dulu, dunia perubatan mempercayai bahawa neuron otak tidak membiak atau membahagi selepas zaman kanak-kanak. Tetapi, kini kajian terbaru menyangkal kepercayaan sebegitu. 
Neuron mampu membentuk sambungan baru, malah pada bahagian tertentu di dalam otak, neuron juga ­boleh membiak dan meningkatkan bilangannya. 
Salah satu daripada pemacu utama proses ini adalah Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) iaitu sejenis hormon pertumbuhan yang berfungsi di dalam otak. 
Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap penurunan hormon ini. Ini termasuk kemurungan dan penyakit Alzheimer. 
Menarik­nya, kurkumin boleh meningkatkan tahap hormone BDNF di dalam otak. Oleh yang demikian, ia mungkin berkesan melambatkan atau merungkai ­masalah penyakit penu­runan aktiviti otak yang berkaitan dengan faktor usia. 

Atasi masalah ­pe­nyakit jantung 
Penyakit jantung adalah pembunuh terbesar di dunia. Ia dikaji selama beberapa dekad dan penyelidik mula memahami sebab berlaku­nya serangan jantung. 
Ternyata pe­nyakit jantung sangat rumit dan ada pelbagai perkara yang menyumbang kepadanya. 
Kajian di Amerika Syarikat mendapati kurkumin membantu memper­baiki fungsi endothelium yang merupakan lapisan saluran darah. 
Adalah diketahui umum bahawa kerosakan endothelial sebab utama serangan sakit jantung. Ia membabit­kan ketidakupayaan endothelium untuk mengawal tekanan darah, pembekuan darah dan pelbagai faktor lain. 
Berdasarkan kajian di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kunyit sememangnya adalah herba yang mempunyai kesan pemulihan semula jadi terbaik. 
Melalui pengambilan berterusan dan teratur, kunyit dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang kita hadapi. 

Harian metro : Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keajaibankunyit/Article

No comments:

Post a Comment