Pages

Monday, July 15, 2013

Sambal tumis ikan masin dan kentang

1/4 ekor ikan masin talang dipotong kecil dan rendam seketika untuk kurangkan masinnya.
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai diketuk/titik
4 sb cili boh (cili kering yg dikiaar halus)
4 biji kentang dipotong nipis.
4csb air asam jawa
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.
------
Goreng kentang hingga separuh masak. Toskan
Goreng ikan masin hingga agak garing. Toskan.
Tumis bawang yg telah ditumbuk lumat hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau sebati.
Masulkan gula dan sedikit garam.(jgn letak garam banyak sebab ikan dah masin. Kacau sebati. Tambah air. Masukkan kentang dan masakkan hingga empuk. Masukkan ikanasin dan gaul sebati. Masakkan dua minit lagi dan tutup api.

No comments:

Post a Comment