Pages

Tuesday, May 28, 2013

Bingka pandan

Resepi saya cnp daripada MaDiHaA aka Ratna. Sedap, lemak dan harum dengan bau pandan. Hahaha....atasnya tergelap sikit sebab terlupa bingka kat dalam oven....konon2 kuatkan api supaya atasnya garing skit tapi dah terlebih pulak kejadiaannya.

Bahan2

10 helai daun pandan ~ hiris halus & blend dengan 1 cawan air ~ perah ambil pati jadikan 1 cawan
3 cawan santan (jumlah cecair iaitu santan & jus pandan = 4 cawan)
4 - 5 biji telur gred A (kalau telur kecik.. buh 6 biji)
1 3/4 cawan gula
3 cawan tepung gandum secubit garam
Bijan ~ disangai (ku tak bubuh)

Cara
1. Masukkan telur, gula & garam dalam satu bekas & kacau guna whisker hingga rata...
2. Terus masukkan santan & jus pandan dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Masukkan tepung gandum secawan demi secawan dan kacau hingga rata.
4. Panaskan oven 175 - 180C & lengserkan keseluruhan dalaman acuan berlubang dengan 3 sudu besar minyak masak. (boleh juga guna acuan lain... tp masa membakar agak2lah yer.. 5. Tapis adunan ke dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Bakar guna api bawah selama 30 minit kemudian keluarkan kuih dan tabur bijan dan sambung bakar lagi dengan api atas & bawah selama 35 - 40 minit lagi atau sehingga masak. 7. Sejukkan terlebih dulu sebelum memotong.

Thursday, May 23, 2013

Kari ayam indonesia

Rasanya ala2 rendang...Sumber resepi : kak roy. Cuba jangan tak cuba...enaknya...

Bahan2nya
1 ekor ayam
* 4 biji Bawang besar
* 3 inci Halia
* 2 inci kunyit
* 1 labu bawang putih
* 1 sb Jintan manis
* 1 sb Ketumbar
* 7 biji Cili merah (saya guna cili padi dalam 15 biji)
* 10 biji buah keras
3 batang Serai dititik
5 helai Daun salam
1 helai Daun kunyit dicarik kecil
5 helai Daun limau purut dicarik kecil
1 liter santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

-------
Kisar * hingga halus. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.
Masukkan santan dan garam,  masak hingga ayam betul2 empuk. 
Masukkan daun2 dan masak selama sepuluh minit hingga kari agak pekat.

Saturday, May 18, 2013

Kek Mentega Horlick

Hari ada tetamu berkunjung ke rumah. Cari punya cari, tetiba teringat horlick yang masih banyak takde sape nak minum....jadi google la resepi yang ada kaitan dengan kek horlick. (alamak lupa nak salin resepi dari mana yer....nanti kena search semula) Kebanyakkannya kek lapis. Tapi memandangkan masa terhad jadi pilih la resepi  kek ni utk dicuba.

Memang sedap.....walau kali ni terlebih gelap sbb buat kek sambil memasak dan buat benda lain. Fokus ke kek tu terkurang sikit. Bila teringat kek ku di dalam oven atasnya dah gelap gelita dah...huhuhu...sib baik masih boleh dimakan dan yg paling penting sedap....

Bahan-bahan ( 1 biji size 9x9 )

BAHAN A
5 biji telur
230 g gula kastor (kurangkan jadi 200 g jer dan pakai gula putih biasa jer)
1 sudu teh essen vanilla

BAHAN B
250 g mentega - (mentega lembut pd suhu bilik)
50 g horlick (saya tambah jadi 150 g)
110 g tpg gandum
110 g self raising flour
(saya guna 220 g tpg gandum + 1 sk baking powder)
2 sudu besar susu cair (saya tambah jadi 4 sb)
Saya tambah 1/2 cwn coklat chip sbb mcm plain sgt kek ni.

Cara-cara

Mula2 pukul telur hingga kembang, selepas itu masukkan gula kastor, pukul lg smpai gebu...guna kelajuan tggi lg bgs :)
Akhir skali masukkan essen vanilla, ketepikan adunan.
Dalam bekas lain pukul mentega diikuti horlick...dgn pelahan2 masukkan kedua jenis tpg itu sehingga habis.
Masukkan adunan (1) ke dlm (2). Pukul smpai sebati.
Setelah itu masukkan susu cair. Bila adunan sudah siap masukkan ke dlm loyang. Taburkan coklat chip. Bakar selama 40-45 minit.
Loyang tu tdi sapukan mentega & tpg utk mgelakkan kek melekat pd loyang. Oven haruslah d pnskan tlebih dahulu.

Friday, May 17, 2013

Ikan Baung Masak Asam Tempoyak.

Kitorang kat kampung dulu panggil gulai masam tempoyak. Buatnya senang. Malas nak taip saya cnp resepi dari azie's kitchen ni. Ejas sikit2 jer. Sebelum ni pun pernah share resepi tapi guna ikan patin.

Bahan :
1 ekor ikan baung 
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih 
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika guna tempoyak baru
garam secukup rasa

Cara :
Bersihkan ikan, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan sungai ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.  
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan. 
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.

Thursday, May 16, 2013

Pelbagai cream cheese frosting

Sahabatku Airtanganciksiti minta izin posted resepi creamcheese frosting Yang saya cnp kat sini.

RESIPI 1
500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)

- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  
Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  
Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...

**********************

RESIPI 2 - Kesukaan saya

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar

*************************

RESIPI 3 - Joy of Baking
Kos mahal skit yg nih

227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream

****************************

RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black

500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak

- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko

**************************

RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon - Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

Kek pelangi kukus

Saya cnp resepi ni dari blig Sinar kehidupan. Memang pilihan yang tepat. Keknya lembut dan sedap sbb ada kaya dan susu pekat. Kek ni satu bacuhan sikit jer. Loyang pun guna 7 x 7 jer. Kalau2 rasa tak cukup gandakan ajer bancuhannya. Konon nak buat cake in the jar tapi memandangkan jar takde buat dlm bekas jernih tu jer....ok ler jugak...
Kek ni buat utk anakanda bawa gi sekolah sempena hari cikgu....pelanginya dah hilang rupa...pelangi dinihari gitu ler kejadiaannya....yg sepasang lagi tu dah rupa play doh pun ada....hahaha. Dah kul satu pagi pun. Sementara kek nak sejuk, eloklah saya zzzzzzzz kejap. Kang pagi nak bangun untuk mendeko ala kadar sebab keknya terbubuh tinggi sangat.
Tapi serius sedap. Mcm kek sarawak jer...
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
3 biji telur ¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
Bila sebati, bahagikan kepada 7.
Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Sunday, May 12, 2013

Browning sugar

Dah seminggu tak memasak sbb outstation dan bekerja hujung minggu. Jadi tak banyak yg dapat dikongsi. Ptg ni kononnya nak buat kek sri sarawak tapi tak kesampampaian sbb ada bahan yang takde stok.

Tapi takpe lar, prepare dulu browning sugar supaya nanti2 nak buat dah ada bahannya. Resepi ni saya cnp dari myr. Nak beli readymade susah nak cari kat semenanjung ni jadi sementelah resepinya dah ada, bahan pun ada, jadi buat jer la sendiri.

Bahan-bahan ( +- 1 Botol Browning Sugar yg dbeli(140g) )

1 Cawan Gula Pasir
2/3 Cawan Air Panas Mendidih

Cara-cara
Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.
Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu,perlahankan sedikit api jika perlu.
Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat. Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sdg mendidih).
Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..
JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee) Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.
Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk.

Monday, May 6, 2013

Rainbow cupcake

Resepi dari Allrecipes.com. Arini mood malas nak buat cupcake jadi saya leburkan dalam loyang jer... Resepi ni simple dan sedap...

Ingredients
2 1/2 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/2 cup milk
1/2 cup vegetable oil
1 teaspoon vanilla extract
1/2 cup butter
1 cup white sugar (saya kurang sedikit gulanya)
3 eggs, room temperature
red food coloring
blue food coloring
green food coloring
yellow food coloring

Directions

Preheat an oven to 350 degrees F (175 degrees C).
Leine two 12 cup muffin pans with paper baking cups.
Stir together the flour, baking powder, baking soda, and salt in a large bowl.
Whisk together the milk, vegetable oil, and vanilla extract in a separate bowl until evenly blended; set aside.
Beat the butter and sugar with an electric mixer in a large bowl until light and fluffy. The mixture should be noticeably lighter in color.
Add the room-temperature eggs one at a time, allowing each egg to blend into the butter mixture before adding the next.
Pour in the flour mixture alternately with the milk mixture, mixing until just incorporated. Divide the cake batter into four separate bowls.
Add a few drops of food coloring into one bowl of batter and stir; add more food coloring, if necessary, to reach the desired shade.
Repeat with the remaining colors and bowls of batter.
Using a different spoon for each color batter, spoon a small spoonful of each color into the cupcake liners, until 1/2 to 3/4 full.
Do not mix the batter once it is in the cupcake liner.
Bake in the preheated oven until a toothpick inserted into the cake comes clean, about 15 to 20 minutes.

Sunday, May 5, 2013

Coklat muffin

Muffin  ni request dari anakanda2 sbb tengok kat majalah adik muslim yang saya baru belikan semalam. Budak2 ni beriya-iya....tiap kali nampak resepi mesti suruh ummi dia masak.

Ok resepi ni, tekturenya agak kering sikit agaknya kalau kukus lebih moist. Budak2 suka jer...yg ummi2 lain kalau anak2 suruh cuba resepi buku kartun, boleh la cuba....

Bahan2

1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung (guna minyak saji jer)
1 1/2 cawan gula perang
3 biji telur
*2 1/2 cawan tepung gandum
*1 st serbuk penaik
*1 st bikarnonat
*3 sb serbuk koko
200 ml susu segar (vanilla atau coklat)
Sedikit coklat cip utk hiasan (takde so tak letak)

------
Panaskan oven pada suhu 170°C 15 minit sebelum membakar muffin.
Ayak *.
Pukul mentega,minyak dan gula hingga gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul hingga kembang.
Masukkan tepung dan selang selikan dengan susu.
Masukkan dalam cawan kertas dan tabur chip di atasnya. Bakar selama lebih kurang 20 minit atas hingga masak.

Saturday, May 4, 2013

Nasi cili hijau

Idea memasak nasi hijau ni lahir dari member2 masa sedang berkursus 5S. Dari cerita member tu nasi ni memang sedap tak terkata. Dua tiga orang member dah pun mencuba dan feedbacknya sungguh awesome...

Disebabkan perasan teruja yg amat sangat semalam balik jer opis saya pun membeli la apa yang patut terutamanya cili hijau. Dari bau jer dah tau mesti best. Bila dah masak tak sabar nak rasa.

Best tu memang best, sesuai dengan baunya tapi fuhhhh pedasnya cili hijau tu. Jadi awas yer...jumlah cili kena ikut kepedasannya dan cita rasa memasing. Utk mencantikkan nasi tu saya titiskan sedikit pewarna hijau....

Gambar kat blog ni kelam kabut sikit sebab saya guna hp utk upload n update blog....nanti dikesempatan lain saya akan edit n susun ikut step yg betul yer....

Nasi cili hijau

Bahan2nya
3 cawan beras basmati (dibersihkan, direndan 10 - 30 minit dan toskan)
1 cawan susu segar 2 cawan air
1 inci halia (potong panjang dan halus)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
10 biji cili hijau - boleh lebih atau kurangkan bergantung kepada kepedasan cili (dikisar jgn terlalu halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak + 2 sb minyak sapi untuk menumis
Sedikit pewarna makanan hijau.

Cara2 nak masak

Panas kan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan cili hijau dan tumis hingga cili naik bau tutup api.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan bahan tumis, susu, air dan garam. Kacau rata dan tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, titiskan pewarna makanan dan biarkan sebentar.

Siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.





Nasi serai

Semalam masing2 member sekursus borak2 pasal menu utk dimasak hujung minggu nih. Dengan nasi hijaunya la...nasi daging la....nasi inai la.... Tadi member sorang tu hantar message kat whatsapp dia dah cuba nasi hijau. Saya pulak pilih untuk buat nasi serai. Utk nasi ni saya tukarkan minyak utk menumis tu dengan minyak sapi.

Sedap mewangi nasinya. Untuk pewarna pulak saya guna warna warni. Teruja sungguh anak2 tengok nasi tu ada macam2 warna. Lain kali saya buat nasi hijau pulak ye... Kena cari cili hijau banyak2 untuk menghijaukan nasi tu...

NASI SERAI
by: Kak Shahriah MCM

BAHAN-BAHANNYA :
3 pot beras
air secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
minyak (boleh ganti minyak sapi atau mentega)
sedikit pewarna kuning

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN TUMIS :
4 batang serai *titik*
1 batang kulit kayu manis *1 inci*
1 biji bunga lawang
7 biji bunga cengkih

CARA :

Panaskan sedikit minyak,
Masukkan *BAHAN TUMIS* DAN *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan dan kacau sebentar. Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya, garam dan tanak sehingga nasi masak!

Filet ikan bersos lemon

Dari minggu lepas teringin nak masak ikan bersos lemon nih. Lemon dah dibeli dari minggu lepas lagi, tapi harini baru dibuat. Sedap kalau makan cenggitu jer... Nak makan dengan nasi pun ok jugak. Ikan ni saya padankan dengan nasi serai. Rasa masam manis dan lemak tu sesuai sangat dengan ikan garing salut tepung tu...

Filet Ikan Dori Bersos Lemon
by: TryMasak

Bahan untuk filet ikan
Filet ikan dori (1 keping)
Tepung gandum (2 1/2 cawan)
Air (1 liter)
Minyak - untuk menggoreng (secukupnya)  Serbuk penaik (2 sudu besar)
Garam (1 sudu besar)
##Saya tambah 1 sb serbuk cili dan 1 sb serbuk lada hitam##

Bahan untuk Sos Lemon

Susu segar (1 cawan)
Lemon - diambil jusnya (1 biji)
Parutan kulit lemon (1/2 sudu kecil) 
Bawang putih - dicincang (1 ulas)
Mentega (2 sudu besar)
Gula perang (1 sudu kecil)
Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)

Sediakan Ikan; Campur tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kacau rata dan curah air sedikit demi sedikit.
Gaul lagi hingga adunan sebati dan tidak berketul.

Kepingan ikan dicelupkan ke dalam tepung gandum, diikuti dengan adunan campuran tepung dan kemudian sekali lagi celup rata bersama tepung gandum.

Goreng filet ikan ini hingga garing keemasan.

Sediakan sos lemon;

Tumis bawang putih hinga wangi. Curahkan susu segar, parutan kulit lemon dan jus lemon.

Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.

Perlahankan api dan masukkan gula perang. Kacau rata dan biar mereneh beberapa ketika.

Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.

Curah sos lemon pada ikan.

Friday, May 3, 2013

Kek suji kismis dan biskut suji rangup

Sedapnya kek suji kismis yang di cnp dari Rozzan nih....mcm biasa tak sempat sejuk dah kena bedah keknya.... Kalau esok pagi mesti makin lembab tekturenya.

KEK SUJI KISMIS

Bahan2:

250gm majerin/planta
250gm gula caster ( I used 200gm only)
150ml susu segar
100gm tepung suji/semolina
50gm kismis hitam (stok takde)
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
200gm telur (6 biji telur gred C)
1 sb vanilla essence

Cara2:
1. Rendam tepung suji dan kismis dalam susu selama 1 jam.
2. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu, sambil terus diputar.
4. Masukkan rendaman tepung suji, tepung gandum & baking powder yg telah diayak.
5. Bakar pada suhu 160 darj cel atau hingga masak selama 1 jam. * Very much like a butter cake but moist although a bit crumbly in texture. Should taste perfect if iced.

Biskut dah bancuh tadi mood malas nak bakar...tunggu la jap2 lagi yer... Kalau dah siap nanti saya update gambarnya kat sini.

Biskut dah siap tapi terus terang cakap tak buat lagi dah... Kejadiannya kurang memberangsangkan...nak upload gambar pun tak selera.....sori yer...

Tapikan....anak2 saya suka pulak biskut ni...anak buah datang, offer la rasa....sedap katanya....hehehe....entah la... Terpulang lah pada sesiapa yg nak cuba kan....selera orang mcm2...

BISKUT SUJI RANGUP

Bahan:
200gm minyak sapi (Ghee Blend)
200gm gula caster (I used 160gm only)
400gm tepung suji/semolina (saya guna 300 gm)
50gm tepung gandum (saya tambah jadi 150 gm)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pelaga (Omited)

Cara2:
1. Putar minyak sapi dan gula caster hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung suji dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Bentukkan bulat2 dan leperkan. Susun dalam acuan pembakar yg dilapik dgn grease proof paper dan bakar suhu 160 deg cel selama 20 minit.

Just a little reminder, I had a little struggle to shape these biscuits as the mixture is so crumbly and hard to handle. So, what I did was..I pressed the mixture firmly into my measuring spatula and inverted it on to the baking tray. Perfectly shaped !!! :-D

Wednesday, May 1, 2013

Honey Garlic Rib/lamb

Tengahari ni kita makan ala western skit ye...jap tadi baru lepas membuat roti marble  coklat. Masak jer roti sambung bakar lamb pulak...

Kalau org putih tengok kitorang makan mesti diorg menangis....sbb makan lamb dengan tangan jer.....hehehe...susah2 jer nak cari pisau ngan garpu....

Bahan2

2 kilo lamb (bahagian rib) perap selama dua jam dengan sebotol air icecream soda
2 labu bawang putih di ketuk dengan kulit2nya
2 sb serbuk cili
2 sb lada hitam yang ditumbuk kasar
1 cawan madu asli
1/4 cawan cuka - saya guna cuka apple/kurma
1 sb pasley flake
8 sb kicap
Garam secukup rasa
3 biji kentang dipotong wages
2 biji bawang besar dibelah 4
Sayur2 lain ikut suka

-----

Toskan lamb. Gaul dan perap selama 2 jam dengan semua bahan kecuali bawang dan kentang. (kalau nak masukkan karot, brokoli atau kobis bunga.....nak letak jagung, atau zuchini pun boleh jer.)

Masukkan dalam dulang pembakar...susun lamb pastu kat atas dia susun kentang dan bawang.
Tutup dengan alumminium foil dan bakar pada suhu 200 selama lebih kurang 1 jam. Keluarkan dan masukkan brokoli/jagung/bunga kobis/ baby tomato dan bakar tanpa alumminium fail selama 15 minit.

Kalau masih terlalu berair, keluarkan kuahnya, masukkan satu sk tepung jagung dan kacau kuah di atas api sederhana hingga pekat. Tuangkan semula kuah ke dalam bekas lamb.