Pages

Saturday, May 18, 2013

Kek Mentega Horlick

Hari ada tetamu berkunjung ke rumah. Cari punya cari, tetiba teringat horlick yang masih banyak takde sape nak minum....jadi google la resepi yang ada kaitan dengan kek horlick. (alamak lupa nak salin resepi dari mana yer....nanti kena search semula) Kebanyakkannya kek lapis. Tapi memandangkan masa terhad jadi pilih la resepi  kek ni utk dicuba.

Memang sedap.....walau kali ni terlebih gelap sbb buat kek sambil memasak dan buat benda lain. Fokus ke kek tu terkurang sikit. Bila teringat kek ku di dalam oven atasnya dah gelap gelita dah...huhuhu...sib baik masih boleh dimakan dan yg paling penting sedap....

Bahan-bahan ( 1 biji size 9x9 )

BAHAN A
5 biji telur
230 g gula kastor (kurangkan jadi 200 g jer dan pakai gula putih biasa jer)
1 sudu teh essen vanilla

BAHAN B
250 g mentega - (mentega lembut pd suhu bilik)
50 g horlick (saya tambah jadi 150 g)
110 g tpg gandum
110 g self raising flour
(saya guna 220 g tpg gandum + 1 sk baking powder)
2 sudu besar susu cair (saya tambah jadi 4 sb)
Saya tambah 1/2 cwn coklat chip sbb mcm plain sgt kek ni.

Cara-cara

Mula2 pukul telur hingga kembang, selepas itu masukkan gula kastor, pukul lg smpai gebu...guna kelajuan tggi lg bgs :)
Akhir skali masukkan essen vanilla, ketepikan adunan.
Dalam bekas lain pukul mentega diikuti horlick...dgn pelahan2 masukkan kedua jenis tpg itu sehingga habis.
Masukkan adunan (1) ke dlm (2). Pukul smpai sebati.
Setelah itu masukkan susu cair. Bila adunan sudah siap masukkan ke dlm loyang. Taburkan coklat chip. Bakar selama 40-45 minit.
Loyang tu tdi sapukan mentega & tpg utk mgelakkan kek melekat pd loyang. Oven haruslah d pnskan tlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment