Pages

Sunday, May 12, 2013

Browning sugar

Dah seminggu tak memasak sbb outstation dan bekerja hujung minggu. Jadi tak banyak yg dapat dikongsi. Ptg ni kononnya nak buat kek sri sarawak tapi tak kesampampaian sbb ada bahan yang takde stok.

Tapi takpe lar, prepare dulu browning sugar supaya nanti2 nak buat dah ada bahannya. Resepi ni saya cnp dari myr. Nak beli readymade susah nak cari kat semenanjung ni jadi sementelah resepinya dah ada, bahan pun ada, jadi buat jer la sendiri.

Bahan-bahan ( +- 1 Botol Browning Sugar yg dbeli(140g) )

1 Cawan Gula Pasir
2/3 Cawan Air Panas Mendidih

Cara-cara
Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.
Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu,perlahankan sedikit api jika perlu.
Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat. Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sdg mendidih).
Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..
JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee) Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.
Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk.

No comments:

Post a Comment