Pages

Monday, April 29, 2013

Ayam sumor solo

Menu tengahari ni hasil cnp dari blog Cikgu ani. Saya tambah cili boh sesudu besar dengan 5 biji cili api yg dibelah dua sebab nak ada rasa pedas sikit.

Ermmmmm...rasanya ada iras2 rendang. Kalau makan dengan pulut kuning pun ok nih. Kalau masak kering2 boleh tahan lama.

Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - dipotong 4,
digaram kunyit dan digoreng separuh masak. (Saya potong kecil-kecil untuk mudah, sesuai untuk hidangan keluarga)
3 sudu makan kerisik
Santan dari sebiji kelapa
3 batang serai - dititik
2 sudu makan cuka
5 sudu makan kicap lemak manis
garam
gula secukupnya
* 3 sudu makan rempah ketumbar
* 2 sudu makan jintan putih
Saya tambah 1 sb cili boh + 5 biji cili padi dibelah 2

Kisar halus
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan * hendaklah disangai hingga wangi. Boleh guna serbuk atau biji.
Jika guna biji, boleh dikisar sekali dengan bahan kisar halus.

Cara Memasaknya:

Di dalam kuali atau periuk, masukkan sekali santan, rempah ketumbar, jintan, serai, bahan kisar dan kerisik. Masak dan kacau sesekali sehingga naik bau. Masukkan cuka, kicap, garam dan gula. Masak lagi hingga terbit minyak. Masukkan ayam goreng dan masak hingga kuahnya pekat dan agak kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Pau gebu

Mlm ni saya mengepau guna resepi yg di cnp dari blog adanyakauuntukku. Saya ejas sikit dengan menambah mentega. Tapi kalau nak pau yg putih kena la letak shortening. Satu lagi sukatan air tu memang pakai gram ye. Jadinya memang gebu...

Bahan2

500 gram tepung gandum (a.k.u guna tepung pau Blue Key)
1/2 sudu teh baking powder (saya guna double action baking powder)
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh yis segera (a.k.u guna mauripan) 250 gram air suam
1 sb mentega atau shortening (saya tambah)
Kertas Minyak

Cara Memasak:
Gaul Rata  Bahan 1 - 5.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga membentuk doh.
Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
Setelah adunan doh naik dua kali ganda, uli-ulikan lagi doh
Bentukkan adunan doh menjadi bulatan kecil (ikut saiz pau yang kita nak)
Setelah semua adunan doh telah di bulatkan, ambil doh bulatan kecil yang pertama dibuat dan canaikan
Letakkan inti di tengah doh yang telah di canai tadi
Tutupkan doh yang dicanai tadi sehingga inti yang ditengah tadi tertutup.
Bulat-bulatkan lagi adunan doh dan di letakkan di atas kertas minyak.
Rehatkan adunan pau sehingga kembang. Panaskan pengukus
Masukkan pau ke dalam pengukus dan kukus selama 10 minit
Setelah masak, keluarkan dari pengukus...dan sudah boleh di makan...

** Pastikan penutup pengukus diletakkan tuala untuk mengelakkan wap air terjatuh di atas pau (nanti pau tak cantik...berjerawat)

** Semasa nak tunggu adunan doh mengembang, pastikan ianya ditutupkan dengan tuala yang lembab (untuk mengekalkan kelembapan doh)

** Pastikan adunan doh yang telah mengembang tu di uli semula.  Nak tumbuk-tumbuk ke, nak lempang-lempang ke adunan doh tu pun tak pe....nak campak-campak pun boleh..hehhehe..tapi jgnlah keterlaluan..makanantuuuu.....uli semula tu sebenarnya untuk settingkan semula adunan tu.....

**  untuk inti tu....a.k.u gunakan kaya yang telah siap dibuat ye...boleh beli je kat pasaraya..kalau nak buat pun boleh...tak salah..lagi sedap kan....ataupun nak letak inti kacang ke, kelapa ke, ayam ke..ikut suka la apa kite nak guna kan....

Bun marble coklat kismis

Resepi ni saya cnp dari Dapur digital. Saya guna tepung gandum 100% dan sebab dua kedai cari tepung roti tak jumpa. Jumlahnya pun saya guna 500 gm jer. Coklat emulco takde jadi saya tukar dengan 1 sb serbuk koko. Egg wash tu saya tak buat sebab saya tak suka bau hanyir telur kat roti tu nanti. Tapi saya sapu dengan mentega lepas kuar oven.

Jadinya gebu juga walaupun guna tepung gandum. Bentuk tunggang langgang sebab buat sebelah tangan. Sicomel sorang tu nak berdukung la pulak... Tapi apa ada pada rupa..kuar jer oven, habis separuh kena ngap....

Bahan-bahan:

Bahan A:
410g tepung high protein
100g tepung superfine
100g susu pekat manis dibancuh dgn air-
3/4 sk garam
7g atau 2 1/2 sk yis segera
1 biji telur - pukul sekejap
130ml air
60g butter - pd suhu bilik

Bahan B:

sedikit kismis dan coklat emulco - dimasukkan selepas perapan pertama

Water-Roux Paste : 25g tepung high protein 125ml air

Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes.

Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.

Egg Wash 1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air paip Akak guna golden raisin, bila koyak roti tak kelihatan lah pulak tapi bila makan terasa kismisnya...sedap !

Cara membuat: Masukkan ke dlm mixer kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.

Uli sehingga membentuk doh. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin.

Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung.

Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2. Susun dlm loyang yg telah digriskan.

Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan.

Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi.

Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

Sunday, April 28, 2013

Asam gumpal aka sagupal/sagumpal


Kalau sesiapa baru2 nak cuba, jgn buat dua cawan, banyak sangat. Saya tau pasal masakan ni dari member kembar orang kelantan masa study tahun 2000 dulu. Selalu diorg dok cerita keenakan sagupal ni.... Masa tu dok bayangkan aje la rupa paras dan rasanya... Diorg cerita la camna nak buat tapi takde la cuba sehingga hari ini.


Lama betulkan....lepas 13 tahun baru dapat rasa.... Ramai juga blogger yg dah cuba mcm blog intai dapur yg resepinya saya cnp nih tak letak inti kacang. Saya letak sebab member saya tu criter ada kacang dalamnya.... 

Ada sesetengah orang dah gumpal sagu tu dia rebus mcm buat buah melaka...pastu baru masukkan dlm kuah santan.... Ada yang kukus..macam2 kaedah ada. Saya ikut cara mudah. Terjunkan terus dalam santan, masak sampai jernih. 

Tak sabar nak makan nih...jom.

Bhn2:

2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan 
Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

Inti

Kacang hijau
Gula
Garam
Rendam kacang sejam dua supaya cepat empuk bila direbus. Toskan.

Rebus kacang hingga empuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Kepalkan kecil2 utk dimasukkan ke dalam sagu.

-----
Masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
Buat hingga sagu boleh dikepal.
Sagu tu leperkan dan letak inti kacang, kepalkan bulat macam buat kuih bom tu dan ketepikan.
Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula.
Masukkan sagu yg telah dikepal dan masak hingga sagu jernih.
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
Sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan..

Kuih bom

Kuih ni kegemaran encik suami...tapi dia panggil kuih tembolok ayam....orang jawa lain tak tau la panggil sama ke tak..

Selalunya kat kampung saya, kuih bom ni buat dengan keledek lecek dan tepung gandum. Jadi takde la rasa kenyal2. Bila dah merantau ni rupanya kuih bom ni ada plak yg versi tepung pulut.

Resepi ni ada kepelbagaiannya....ada yg letak keledek, ada yang letak air kapur, kebanyakannya tak letak kentang or keledek...sedap jer....inti pun setengah orang letak kacang hijau atau inti kelapa mcm yg saya buat inikalilah letak inti kacang hijau perisa durian.....macam2 versi...

Bahan2...

2 ketul – Ubi Kentang
2 cawan– Tepung Pulut
3 sb – Gula Kastor
1/4  cawan – Tepung Gandum
Air Secukupnya (hingga jadi doh)
1 sd teh – Garam ( saya buat frozen jadi xperlu letak garam)
Inti Kacang hijau yang sama mcm yg saya buat utk sagupal – secukupnya
Bijan – secukupnya

Cara membuatnya :-

1. Satukan tepung gandum, tepung pulut, gula dan garam.
2. Ubi kentang direbus hingga lembek.
3. Lecek dan tumbuk ubi semasa masih panas. 4. Satukan ubi bersama adunan tepung di atas.
5. Masukkan air dan uli sampai jadi doh.
6. Bulat-bulatkan doh. Agak2 sama besar. Leperkan dan masukkan inti, bulatkan dan golek atas bijan.
7. Goreng dengan api sederhana hingga keperangan.

Saturday, April 27, 2013

Kuih kemplang aka kuih getas

Sumber myresepi....resepi orang dulu2 yg mesti jadi....pejam mata pun jadi...hahaha. Saya masa dolu2 buat tak sukat pun...arini buat pun tak sukat...tapi nak mudahkan kengkawan sume saya share ler kat sini....

Sedap utk minum pagi atau petang...minum ngan teh o atau kopi o panas....fuhhhhh ngences...

Bahan-bahan ( anggaran dlm 20-30 biji(bergantung pada saiz) )

3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut(putih saja)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
*1/2 cawan gula(utk menyira)
2 - 3 sudu besar air(utk menyira)

Cara-cara
campurkan tepung pulut, tepung gandum dan kelapa, gaul rata... campurkan garam dan air, masukkan dalam adunan tepung dan kelapa tadi...uli perlahan sehingga mendapat doh yg lembut..jika terlalu lembut boleh tambahkan tepung... bentukkan adunan lonjong2 dan leper, jgn terlalu besar, jgn terlalu keci, jgn terlalu tebal..tebal agak2 1 cm je...buat sehingga habis...goreng sehingga warna kuning keemasan...api haruslah sederhana untuk memastikan kuih tidak meletup.. setelah semua kuih siap digoreng...dalam kuali lain masukkan gula dan air...biarkan sehingga mendidih dan berbuih...api mestilah jgn terlalu kuat kerana gula akan cepat hangit. apabila gula telah hancur masukkan kuih tadi dan gaul rata, biarkan semua gula meyelaputi kuih dan apabila air gula kering ttp api dan hidangkan..

Wednesday, April 24, 2013

Easy moist red velvet cake

Resepi red velvet ni senang dan moist sesuai sgt dengan namanya. Saya cnp azlita masam manis. Saya punya terlebih coklat.....tu yang dah macam coklat kek jer...... Next time buat ikut betul2.... Dua sb coklat tu jgn sampai membumbun....

Cubala. Saya buat utk dihantar ke tadika anak2...

Bahan

360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven.
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak.
Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak Potong atas kek yang keras. 
Potong kek kepada 4 kepingan

Untuk krim yang lembut dan meleleh boleh cuba resepi ini
Krim Keju 1 150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon
Pukul krim keju dan gula hingga kembang Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste pukul sebati

Krim Keju 2

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air

Cairkan gelatin
Cairkan coklat masakan cara double boiler
Satukan gelatin cair dalam coklat putih
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata

Sunday, April 21, 2013

Ikan kembung kukus/rebus rendam air asam

Jom kita masak menu mudah, sedap dan sihat hari ni.... Idea memasak ni intai dari fb buku resepi, tapi yg ni saya cnp dari blog penambat kasih n ubah suai skit ikut citarasa....

Bahan2

Ikan kembung/pelaling
Asam jawa
Belacan
Bawang merah
Tomato
Limau kasturi
Cili Merah
Cili api
Garam
Gula

Cara2

Kukus/Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras... Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air...masukkan bahan2 lain yg telah dihiris..

Thursday, April 18, 2013

Ikan masak asam jawa

Sebelum ni saya pernah postkan resepi ikan masak cuka aka masak acar. Kali ni resepi yang saya Cnp dari ezadlieza.blogspot ni pun rasanya lebih kurang sama. Cumanya resepi ni tak letak biji sawi.

Saya memang suka lauk2 jenis masam2 dan berkuah mcm ni.....makan plsk dengan nasi panas yg tak keras sgt tu....sedapnya susah nak cerita la.... Nak tahu cuba la sendiri.

Bahan 2

keping ikan tenggiri [boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam
Saya tambah gula

Cara

1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dengan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendidih masukkan ikan, garam, gula, kacau sebati dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.

Vanilla yogurt muffin

Stok yogurt yg sepatutnya nak buat lassi mangga tapi tak dibuat2 sebab mangganya dah dimakan oleh anakanda2 tercinta akhirnya digunakan utk buat macam2...roti yogurt, muffin yogurt....
Nak cerita sikit pasal muffin yogurt yg resepinya di Cnp from laurainthekitchen.com. Rasa dan tekturenya ala2 apam. Tak manis sgt...tambah lagi kalau tak letak streusel topping tu....
Kengkawan bole cuba, bila ada lebihan yogurt yg dah bertapa dalam peti sejuk tu...
Terjemahannya saya akan buat kendian yer...arini mood malas nak translate...

Streusal Topping tu sepatutnya timbul kat atas muffin tu jer tetapi sebab laura tak tulis letak tepung jadi gulanya semua mencair dan turun ke bawah n dalam muffin.... tapi hasil dari pencarian maklumat yang dibuat berkenaan streusal topping tu memang ada digaul dengan tepung gandum... jadi resepi si laura ni saya dah ejas sikit.... Disebabkan penduduk kat rumah saya ni tak suka kek/muffin yang rasa rempah tu, saya omit serbuk kulit kayu manis tu ye.... tapi sebenarnya sedap sangat kalau letak...


Makes 12
Ingredients:
1/4 cup of Vegetable Oil
½ cup of Granulated Sugar
1 1/2 cup of Vanilla Yogurt
1 tsp of Vanilla Extract
1 tsp of Baking Powder
½ tsp of Baking soda
¼ tsp of Salt
2 Large Eggs
2 cups of All Purpose Flour


For the Streusel Topping:
½ cup of Brown Sugar
¼ cup of Raw Sugar 1
3 tablespoons flour
1/12 Tbsp of Unsalted Butter, melted
½ tsp of Cinnamon
¼ tsp of Salt

For this recipe, Laura uses:
Clear Mixing Bowls, Large Ice Cream Scoop Process,

1) Preheat the Oven to 375 degrees, line a muffin tin with liners and set aside.
2) In a large bowl, mix together the flour, baking soda, baking powder and salt and set aside.
3) In a large measuring cup or a bowl, whisk together the yogurt, eggs, vanilla, oil and sugar.
4) Pour wet ingredients into the dry and mix until they are all incorporated.
5) Divide the batter in the prepared muffin tin and set aside.
6) In a small bowl, mix together all of the ingredients for the topping, scatter the topping evenly on top of each muffin.
7) Bake for 18 to 20 minutes or until fully cooked through and golden brown.

Roti Yogurt

Hari ni roti yang aku buat nyaris2 jadi roti bantat...sebabnya yis yang aku guna tak hidup walaupun lepas sejam diperap....huhuhu. sedih wooo kisah aku nih, kan. Risau memikirkan setengah kilo tepung yang dah diuli (buat dua bancuhan plak tu) nak dilemparkan ke dalam tong sampah...

Apa la aku nak buat dengan tepung bantat nih.... Terfikir nak tambah je dengan yis mauripan yg kebetulan ada sepeket lagi kat dlm gerobok bahan2 tu....doa panjang la supaya hasil tak mengecewakan...
Lepas 1/2 jam nampak la hasil yang memberansangkan. Naik juga la doh tu dua kali ganda...so apa lagi....terus ke proses seterusnya....
Tadaaaa......dah siap....bun yogurt inti homemade sekaya.....sok pagi baru nak rasmi ye....ni dah mlm sgt nanti gemuk pulak badan ku yg tak berapa nak slim nih....hahaha tergelap sikit atasnya....

Bahan-bahan : 
250g tepung roti (saya guna tepung gandum)
100g plain yogurt
60g susu * susu segar
25g telur * 1/2 biji telur
20g gula 
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)
Sekaya/kacang merah/lotus paste secukupnya
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, On kan. Biar sampai masak - guna BM dan ikut saja arahan penggunaannya. 
Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang.
Tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian dan letak inti. Tunggu hingga doh kembang lagi dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.
Jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.









Sunday, April 14, 2013

Bubur candil durian

Petang ni kita minum petang dgn bubur candil durian. Bubur candil ni sebenarnya sama jer dengan spesis bubur biji nangka yang saya pernah letak dalam post terdahulu.

Resepi yang ini saya cnp dari blog mychintahaty. Kebetulan stok durian masih ada saya simpan dalam freezer tu, jadi apa lagi....terus jer la dengan menu nih...

RESEPI:-

Bahan Untuk Candil :-

1 1/3 cawan tepung pulut
sedikit garam dan gula
air secukupnya
beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuat Candil:-

Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
Ambil secubit setiap warna dan gentel la ikut bentuk yang anda suka.
Buat hingga siap dan ketepikan dulu. candil yang telah siap digentel direbus sampai timbul. Angkat dan ketepikan.

Bahan Bubur:-

1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula pasir / secukup rasa
1 helai daun pandan - disimpul
4 ulas isi durian secubit garam

Cara Memasak:-
Masukkan santan, susu, gula pasir, daun pandan, isi durian dan secubit garam ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tak pecah  Masukkan candil dan kacau sekejap. Tutup api dan kacau2 sebentar.
# Petua Kak Ummi - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

Buttered prawn @ udang goreng mentega


Cnp dari K.Nor@SecubitGaram. First time try....cari copstik tak jumpa satu pun....mesti dah jadi pedang budak2 tu....rupa tak hensem sangat tapi rasa sedap jer...
Buat untuk makan tengahari ahad...kebetulan anak buah n wife datang.... Masa kat sintok lagi dah berangan nak buat menu nih.... Pagi ahad terus jer cari udang kat tesco. Teringin punya pasal mahal pun tak kisah.
Buat sekilo udang, telurnya buat sikit jer... Kalau dapat udang galah atau udang harimau fresh nih mesti memgacam....

Udang goreng mentega

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng
2 sb mentega
Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.
Gaul seketika sebelum diangkat.
Bila dah masak,ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu.
Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala. Matikan api bila minyak tu panas2.
Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan.
Biar dia bertali2.
Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
Cara K.Nor: # K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. Cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
Saya pulak tambah susu segar untuk cairkan skit telur tu - saya refer dua tiga resepi yg guna susu cair utk telur tu...

Sate ikan aka lok ching

Jom minum petang dgn sate ikan yang saya cilok resepinya dari Jalanjalan cari makan di kelantan.... Ini first time yg pertama makan benda ni....baca ceritanya cam femes n delicious jer, jadi saya pun google la cari resepi.... Ok gak rasanya. Mcm keropok lekor bakar....

Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara memasak:

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS Manis Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang. kalu hok toksei raso bawe putih, tokpayoh boh.

Tra la deh, jadi tok jadi atah tange masing2 la. (kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com)

Friday, April 12, 2013

Baking convertion / Panduan sukatan bahan

Kekadan bila tengok resepi, dia guna sukatan lain dari yg biasa kita guna contohnya oz atau cawan dsb. Pening pulak nak convert jadi gram. Macam tu jugak suhu...ada yg guna ferenheit...kita biasa guna celcius...
Ada yg takde penimbang pun menyebabkan terbantuk hasrat nak mencuba resepi... Jadinya kali ni nsk kongsi la sikit ilmu yg saya jumpa kat blog butterbaking nih... Terima kasih banyak2 sebab post dia nih banyak membantu.... Saya harap ilmu nih boleh dimanfaatksn bersama...
ABBREVIASION
Teaspoon = tsp  - sudu teh = st
Tablespoon = tbsp - sudu besar = sb
Grams = g
Kilograms = kg
Milliliters = ml
Plain flour = all purpose flour
Wholemeal flour = whole wheat flour
White sugar = granulated sugar
Caster sugar = superfine sugar
Icing sugar = powdered sugar
GENERAL MEASUREMENTS
Cups, tablespoons and teaspoons.
1/2 tbsp = 1 1/2 tsp
1 tbsp = 3 tsp
1/4 cup = 4 tbsp
1/3 cup = 5 tbsp + 1 tsp
1/2 cup = 8 tbsp
2/3 cup = 10 tbsp + 2 tsp
3/4 cup = 12 tbsp
1 cup = 16 tbsp
WEIGHT CONVERSIONS
Grams and ounces – general conversions.
1 ounce = 28 grams
1 pound = 16 ounces = 453 grams
20 g = 3/4 oz
60 g = 2 oz
100 g = 3.5 oz
125 g = 4.5 oz
180 g = 6.5 oz
250 g = 9 oz
500 g = 1/2 kilogram = 18 oz
1 kg = 2 pounds = 32 oz
VOLUME CONVERSIONS
Milliliters, fluid ounces and cups – general conversions.
2 tbsp = 29.57 ml = 1 fl oz
1/4 cup = 60 ml  = 2 fl oz
1/3 cup = 80 ml = 2 2/3 fl oz
1/2 cup = 125 ml = 4 fl oz
2/3 cup = 160 ml = 5 1/3 fl oz
3/4 cup = 180 ml = 6 fl oz
1 cup = 250 ml = 8 1/3 fl oz
2 cups = 500 ml = 16 fl oz (1 American pint)
2 1/2 cups = 625 ml = 20 fl oz (1 Imperial pint) 4 cups = 1000 ml = 1 litre = 32 fl oz
OVEN TEMPERATURES
Celsius and Fahrenheit.
100 Celsius (C) = 212 Fahrenheit (F)
120 C = 250 F
140 C = 275 F
150 C = 300 F
160 C = 320 F
170 C = 325 F
180 C = 350 F
190 C = 375 F
200 C = 400 F
210 C = 410 F
220 C = 425 F
250 C = 480 F
SPECIFIC INGREDIENTS
Butter:
1 tablespoon = 15 grams =  1/2 ounce
100 grams = 7 tablespoons = 3 1/2 ounces
1/2 cup = 113 grams = 1 US stick = 4 ounces
1 cup = 227 grams = 2 US sticks = 8 ounces
250g = 1 AUS stick Plain flour: 1 AUS cup = 150 grams = 5 ounces
1 US cup = 125 grams = 4 1/2 ounces
Brown sugar (loosely packed): 1 cup = 175 grams = 6.25 ounces
Brown sugar (tightly packed): 1 cup = 220 grams = 8 ounces
White sugar: 1 cup = 220 grams = 8 ounces Caster sugar: 1 cup = 220 grams = 8 ounces Icing sugar: 1 cup = 120 grams = 4 1/4 ounces
Chocolate chips: 1 cup = 190 grams = 6 3/4 ounces
Honey and other syrups: 1 tbsp = 21 grams = 3/4 ounce
1/4 cup = 85 grams = 3 ounces 1 cup = 340 grams = 12 ounces

Tuesday, April 9, 2013

Black and white sandwich cake

Resepi saya cnp dari Allrecipes.co.uk. Sedap tapi agak kering sikit. Dan sebab malas nak bakar dua kali, saya leburkan terus dalam satu loyang. Adunannya agak pekat sikit dan kurang lembab jadi lain kali buat saya nak tambah 1/4 cawan susu. Kali ni saya tak letak toping sebab anak2 ni akan makan toping jer.

------------------
This is a gorgeous cake, made up of one white sponge layer and one chocolate sponge layer. Both layers are studded with chocolate chips! Very easy! The chocolate icing is this cakes crowning glory.

Ingredients Serves:

175g butter or margarine
175g caster sugar
3 medium eggs
150g self raising flour
1/2 teaspoon baking powder
2 handfuls chocolate chips
25g cocoa powder
(next time saya nak tambah susu 1/4 cawan supaya moist sikit)

Icing:

230g soft butter
450g icing sugar cocoa powder to taste plain chocolate for grating over the top (optional)

Preparation method
Prep: 15 mins | Cook: 20 mins

1. Preheat oven to 180 C / Gas 4 and grease two 20cm square cake tins with butter. Lightly coat the inside with a bit of flour to prevent the cake sticking.
2. Beat together the butter and the caster sugar until it is fluffy.
3. Add the eggs and flour together to prevent the mix curdling and also add the baking powder. Mix well. Fold in the chocolate chips.
4. Spread half of the mixture into one of the tins, and add the cocoa powder to the remaining mixture and stir well.
5. Place the chocolate cake mixture into the other tin and put both in the preheated oven. Bake for about 30 minutes, checking to see if a skewer inserted into the centre of each cake comes out clean.
6. Meanwhile, beat the ingriedients for the icing together to form an icing which is quite stiff but will spread onto the cake easily.
7. When the cakes are cooked, let them rest for a while and loosen them onto a cooling rack and cool until they are completely cold, otherwise it'll melt the icing.
8. When cool, spread some icing on top of the cake which you want on the ottom and put the other on top. Spread the icing round the sides first to avoid getting into a complete mess, then do the top.
9. If you want to make it a bit more wicked then curl or grate some chocolate over the top using a vegetable peeler. Enjoy!

Jelly air kelapa

Cuaca panas2 ni sedap menyejukkan tekak dengan jeli air kelapa. Buatnya tak susah. Kalau beli 1 bekas tu biasa orang jual rm1. Tapinya tak rasa air kelapa pun sebab campuran air biasa tu banyak sangat. Jadi kalau nak sedap makan buat la sendiri....
Bahan2
Sepeket jeli macam dalam gambar tu(boleh juga ganti dengan jeli konyaku kalau nak rasa kenyal2. atau pun guna jeli stripe tu dalam 20 gm.
200 gm gula
3500 ml air kelapa (ikut kotak letak 3000ml jer tapi keras sikit kejadiaan - boleh campur air biasa separuh2 atau 1/3 air biasa + 2/3 air kelapa atau semua air kelapa.
Isi kelapa dihiris kecil
-----
Masak jeli dgn air hingga larut. Masukkan gula dan didihkan. Masukkan isi kelapa. Kacau2 jap. Dah siap. Tuangkan dalam bekas, bekukan. Sedap makan sejuk2.

Pau goreng

Resepi ni saya cnp dari blog fizanordin.....resepi ni boleh guna utk buat donat juga.....dan pau kukus tu. Ok la tukan....sekali uli dapat dua tiga jenis kuih.....senang camtu.
Sekali-sekala cuba resepi donut org lain....ok jer kejadiaannya....dah sejuk pun lembut juga. Cuba jgn tak cuba kengkawan...3 cawan tepung tu boleh dapat dekat 20 ketul pau yang besar mulut gelas tu. Cukup la untuk minum petang.
Pau goreng ni kalau letak inti bilis atau sardin ada gak orang panggil burger malaysia...

Bahan2:
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula   **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cwn Tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
2- 21/2 sb mentega
Cara2: 
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan bulat2 macam pau. Biar naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Sejukkan dan belah pau. Boleh masukkan sardin/sambal bilis/kaya atau apa2 yg disukai.
Sedia dinikmati.

Sunday, April 7, 2013

Sambal tumis sotong bersantan dan kobis masak lemak putih

Ni menu makan tengahari ni. Sambal tumis sotong lawan ngan lemak kobis dan ikan sebelah goreng.
Plan asal nak buat sotong goreng tepung...tapi tukar jadi sambal tumis sotong sebab terliur tengok member posted menu ni kat fb. Nasib la serai dan cili kisar dah tersedia.
Ni resepi  sotong
1 kg sotong - bersihkan dan potong bulat2
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
2 batang serai diketuk
1 biji bawang besar potong bulat
6 sb cili kisar (ikut nak pedas mana dan bergantung kepada kenis cili kering)
1 cwn santan pekat
4 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
-------
Tumbuk halus *. Panaskan minyak dan tumis cili, serai dan * hingga pecah minyak. Kacau selalu.
Masukkan air asam dan kacau sebati. Masukkan gula dan garam. Kacau lagi.
Masukkan sotong dan santan. Masak hingga hingga mendidih dan agak pekat. Rasa...kalau dah cukup garam dan gulanya secukup rasa ke tidak.
Sebelum angkat masukkan bawang besar dan kacau jap sampai layu. Ok la tu...siap dah....
Kobis masak lemak
1/2 biji Kobis di hiris kecil
3 cawan santan
2 ulas bawang merah dihiris
Sejemput ikan bilis
1 biji cili merah dihiris
Garam secukup rasa
-----
Masukkan santan, ikan bilis, bawang, garam dan cili ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
Masukkan kobis dan masak sampai layu....jangan sampai lembik...dalam 5 minit je. Bila makan tu rangup2 lagi. Terus pindahkan dalam bekas hidangan.

Nasi goreng kailan ikan masin

Tadaaaaaa.... Menu pagi ni adalah nasi goreng kailan ikan masin. Dah dua hari sarapan nasi goreng. Ni semua gara2 nasi semalam banyak tak habis. Supaya tak membazir pagi ni goreng la ia. Semalam nasi goreng kampung, hari ni buat nasi goreng ikan masin plak.

Nak buat nasi goreng ni seelok2nya guna nssi sejuk. Kejadiaannya elok garing. Kalau guna nasi baru masak nanti nasi goreng tu nampak kurang umpphhh...lembik dan melekat2.....tak berderai...

Ni bahan2nya

1 mangkuk nasi sejuk
*4 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*8 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah jumlahnya)
*isi ikan masin (ikut la stok yang ada, ikan talang boleh, ikan sepat boleh..)
3 sb sos tiram
3 pokok sayur kailan dipotong kecil2
Garam secukup rasa
Minyak
-------

Panaskan minyak. Tumis * hingga kekuningan.
Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
Masukkan nasi dan goreng hingga agsk kering dan sebati. Rasa dan kalau kurang masin baru letak garam. Kacau rata.
Masukkan kailan dan masakkan hingga layu.
Angkat terus dan hidangkan.

***saya tambah carikan ayam lebih lauk semalam. Hidangkan dengan keropok ikan...sedapnyaaaaa.....ada plak ikan masin sepat yang digoreng dengan bawang dan cili api....sedap weh...(hantu ikan masin apa...dah dalsm nasi ada ikan masin, makan lagi dengan ikan masin goreng)