Pages

Sunday, April 28, 2013

Kuih bom

Kuih ni kegemaran encik suami...tapi dia panggil kuih tembolok ayam....orang jawa lain tak tau la panggil sama ke tak..

Selalunya kat kampung saya, kuih bom ni buat dengan keledek lecek dan tepung gandum. Jadi takde la rasa kenyal2. Bila dah merantau ni rupanya kuih bom ni ada plak yg versi tepung pulut.

Resepi ni ada kepelbagaiannya....ada yg letak keledek, ada yang letak air kapur, kebanyakannya tak letak kentang or keledek...sedap jer....inti pun setengah orang letak kacang hijau atau inti kelapa mcm yg saya buat inikalilah letak inti kacang hijau perisa durian.....macam2 versi...

Bahan2...

2 ketul – Ubi Kentang
2 cawan– Tepung Pulut
3 sb – Gula Kastor
1/4  cawan – Tepung Gandum
Air Secukupnya (hingga jadi doh)
1 sd teh – Garam ( saya buat frozen jadi xperlu letak garam)
Inti Kacang hijau yang sama mcm yg saya buat utk sagupal – secukupnya
Bijan – secukupnya

Cara membuatnya :-

1. Satukan tepung gandum, tepung pulut, gula dan garam.
2. Ubi kentang direbus hingga lembek.
3. Lecek dan tumbuk ubi semasa masih panas. 4. Satukan ubi bersama adunan tepung di atas.
5. Masukkan air dan uli sampai jadi doh.
6. Bulat-bulatkan doh. Agak2 sama besar. Leperkan dan masukkan inti, bulatkan dan golek atas bijan.
7. Goreng dengan api sederhana hingga keperangan.

No comments:

Post a Comment