Pages

Thursday, March 1, 2012

Kek Coklat Kukus (Zaima)

Coklat Cupcake Kukus









Macam-macam pesen dah buat. Kek yang mudah dan paling diminati....



Bahan-Bahan:



1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu manis

1 1/4 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur (Kalau saiz C saya guna 4 biji)


Cara : -


Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.

Tutupkan api dan biarkan ia suam.

Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.

Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.

Telur dipukul (tak perlu kembang sangat sekadar menggunakan whisker dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.

Tuang dalam acuan yang dialas dengan kertas minyak didasarnya dan balut loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.

No comments:

Post a Comment