Pages

Tuesday, May 28, 2019

Biskut Makmur


Biskut klasik.....biskut makmur.....buat lepas balik dari ofis. Hubby tolong sediakan juadah berbuka semetara saya siapkan tempahan yang nak dihatar rabu nanti.  Ini antara

Harum satu rumah bila biskut ni bersauna dalam oven.....bau minyak sapi tu.....ermmmmm.....kalau tak disebabkan dah dipinang orang, mau selamat masuk perut...

Biskut ni buat tak susah dan tak banyak ragam bagai......meh saya share resepinya. Saya try letak baking soda dan powder macam resepi kak wan.....selalunya tak.



Biskut makmur

Doh

200 gm minyak sapi
500 gm tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk baking soda
1 sk baking powder

Inti

Kacang tanah - disangan dan dibuang kulit kemudian ditumbuk (jangan terlalu halus - saya masukkan dalam plastik dua tiga lapis...amik anak lesung, tumbuk alas chopping board kayu)
Gula halus secukup rasa
Sedikit mentega cair

atau

Buah kurma - cincang

CaraNya

Satukan bahan doh dan uli sebati. Kalau doh agak lembik, tambah sedikit tepung.

Satukan bahan inti dan kacau rata.

Ambil sedikit doh. Leperkan dan letak inti. Tutup doh dan bulat atau bujurkan. Susun atas loyang.

Bakar pada suhu 160° - 170° celcius selama 25 - 30 minit. Sejukkan sebentar dan golek atas gula ising.

#cookies
#biskutraya2019
#traditionalcookies
#malaysiancookies




Monday, May 27, 2019

Semperit capucino cheese




Semperit capucino cheese......new flavour in da house....

Siap dua pack jer hari ni.....Alhamdulillah elok terletak bunganya selepas dibakar.......esok lusa sambung lagi....insya Allah semua tempahan siap sebelum raya.



Resepi original ZLC.....sila cuba sila try....

Semperit Capucino cheese ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Adunan Capucino

200 gm mentega/margerin
1 biji kuning telur
100 gm gula ising

Putar hingga gebu.

250 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
1 sb emulco capucino
1 sb serbuk koko

Satukan ke dalam mangkuk margerin. Dan uli sebati.



Adunan cheese

200 gm mentega/margerin
60  gm cream cheese
100 gm gula
1 biji kuning telur

Putar hingga gebu.

250 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung

Satukan ke dalam mangkuk margerin. Dan uli sebati.

Paipkan adunan capucino di atas loyang guna nozzle pecah 10 @ 11 @ 15 ikut citarasa.  Diikuti dengan adunan cheese. Hias dengan chips coklat.

Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 160° celcius.


Friday, May 24, 2019

🐐Lamb Beryani Arabic Style🐐


Lamb biryani arabic style....done....18 kg lamb shoulder, 7 kg basmathi rice.....untuk majlis iftar di surau Ar Raihan. Alhamdulillah. Masih mrnggunakan resepi yang dikongsi oleh lydia honey sahabat alam maya saya....


Penyediaan nasi di dibuat secara gotong royong. Walaupun tak ramai yang turun padang tapi alhamdulillah juadah sempat disiapkan awal.  Yang datang muka2 biasa....takde orang baharu. Sebenarnya tujuan utama dibuat secara rewang ni untuk kenal mengenal sesama tetangga.....tapi bersangka baik dibulan mulia ni munhkin masing2 sibuk dengan urusan dan berada diluar kawasan. 

Anak2 tahfiz yang turut membantu penyediaan juadah iftar




 πŸLamb Beryani Arabic Style🐐

Nasi🍚
4 cawan basmathi- cuci bersih tak yah rendam
1-2 helai daun bay
2-3 biji buah pelaga
Sebatang kulit kayu manis
2-3 sudu besar garam
Air yang banyak untuk merebus beras

RebusπŸ”ͺ🐐
1/4 bahagian lamb (Saya ganti dengan daging lembu)
2 ulas Bawang putih- belah 2
1 labu Bawang besar- belah 4
2-3 helai daun bay*
Sebatang kayu manis*
5-6 biji buah pelaga*
5-6 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt serbuk halia *
Air secukupnya

🍟4-5 biji Kentang kecil

1/2 sudu teh rose water
Sedikit pewarna kuning
2-3 tangkai/ batang daun pudina
2-3 tangkai/ batang daun ketumbar
Gajus atau badam

Bahan tumis beryaniπŸƒ
2 labu bawang besar dimayang nipis
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 batang kulit kayu manis
2 biji Cili ijau fresh- jgn dipotong
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh Lada hitam
1/4 sudu teh halia powder
2-3 biji fresh tomato- buang kulit, dadu kasar
1-2 biji capsicum hijau- dadu kasar
1/4 sudu teh serbuk pelaga
Gajus/ almonds jika suka
1/2 sudu teh arab mix spices
1/4 sudu teh kunyit powder
1/2 sudu teh masala curry powder tin hijau cap kapal.
1/4 cawan Minyak/ ghee untuk menumis( guna minyak sepenuhnya

STEP 1🐐
Bersihkan lamb, masukkan ke dalam pressure cooker dan rebuskan bersama bahan bertanda* sehingga empuk dan airnya tinggal sikit dalam secawan hampir kering.
Bila dah empuk, tapiskan serta asingkan lamb dari stock.


STEP 2🐐
Goreng kentang kecik sebijik2 sehingga golden brown sementara menunggu lamb empuk. Kalau tak de kentang kecik comel kentang biasa besar pon ok tapi potong bulat tebal dalam 1/2 inci.

STEP 3🐐
Dalam periuk besar, panaskan minyak/ ghee, gorengkan lamb tadi sehingga brown di kedua bahagian, angkat dan ketepikan sementara.
Dengan minyak yang sama, sautΓ© bawang besar sehingga light golden brown.
Masukkan bawng putih, kulit kayu manis tumis sehingga berbau harum dan masukkan fresh tomato.
Teruskan masak/ sautΓ© sehingga tomato hancur.
Masukkan capsicum, cili ijau, coriander powder, lada hitam powder, arab mix spice, kunyit powder, masala curry powder, halia powder, gajus dan garam secukup rasa.
Kacau sebati, masukkan kentang goreng dan lamb.
Kacau sedikit supaya bersalut pada lamb, masukkan secawan stock lamb tadi, tutupkan periuk dan renehkan menggunakan api perlahan sehingga kering dan hampir pecah minyak.



STEP 4🐐
Sementara menunggu lamb kering anda boleh terus buat step ni.
Dalam periuk lain, panaskan air sehingga mengelegak (air banyak macam nk rebus pasta), masukkan garam dan tunggu sehingga air boiling sekali lagi dan masukkan sehelai daun bay dan cardamom pods serta kulit kayu manis.
Masukkan basmathi rebuslah beras sehingga 3/4 masak.



Bila beras dah 3/4 masak jadi double saiz, off kan api, tapiskan airnya dan terus masukkan ke dalam periuk yang ada lamb.
Perlahankan api sekecil yang mungkin.
Tuangkan 1/4 cawan air panas serata permukaan nasi.
Campurkan pewarna kuning , rose water bersama 2 sudu besar air dan siramkan ditengah2 periuk atau pon buat tompok2, jangan dikacau, biarkan jer.
Masukkan daun pudina dan daun ketumbar..letak setangkai2 kat atas tu ok.
Ambil aluminium foil cover kemas periuk, tutupkan dengan penutup periuk dan tanaklah sehingga nasik masak selenuhnya dalam 10-15 minits.


Bila dah padamkan api biarkan 2-5 minit baru buka penutupnya, keluarkan daun kat atas tu dan telangkupkan ke dalam dulang@ pinggan hidangan anda.


Saya tak telangkupkan sbb kuantiti banyak dan takde dulang yang cukup besar untuk tampung kuantiti yang banyak camtu, jadi saya kacau jer dalam periuk sebelum dihidangkan dalam beberapa talam. Daun tu pun saya lupa nak keluarkan......gaul sekali suda....





Selamat mencuba.
Sesuai dihidangkan dengan maraq vegetable, salad dan timun yogurt.

Timun with yogurt.🍡
1 cawan plain yogurt
1-2 biji Japanese cucumber/ timun biasa pakai 1@1/2 jer kalau besar-parut kasar guna pemarut.
Garam secukup rasa.
A pinch of dried mints.
Campur semua bahan dalam mangkok dan kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar dalam peti sejuk baru hidang ngan nasi.

Tuesday, May 21, 2019

Oden (Japanese Fish Cake Stew) γŠγ§γ‚“ • ala family mart

Oden (Japanese Fish Cake Stew) γŠγ§γ‚“ •  ala family mart punya tu.... Saya buat seperiuk makan ngan glass noodle aka suun untuk moreh malam ni......orang bando semua pandai makan....Alhamdulillah...habis.




Resepi oden

Bahan2nya

Pes asam pedas
Pes tomyam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan2 stimboat (biasa ada dijual disupermarket - yang dah siap pack campur2 ada, yg timbang pun ada)

Cara2nya

Kuantiti pes 1:1.
Panaskan minyak. Tumis kedua2 pes hingga pecah minyak. (Sekejap jer dan pecah minyak).

Masukkan air secukupnya (Pes mesti agak pekat jadi air jangan terlalu banyak).

Biarkan mendidih. Masukkan bahan stimboat, saya letak juga cendawan tiram dan udang segar.

Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api setelah mendidih.




Monday, May 20, 2019

Semperit Baldu Merah


Merah itu menawan....jom buat kukis raya...

Semperit Red Velvet
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
Pewarna merah + oren + kuning lemon + kuning telur + oren + pink (campur sikit2 sehingga dapat warna merah yg dikehendaki)

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50gm tepung kastard
1 sb serbuk koko
White choc chip


Cara-cara

Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
Guna nozzle dahlia dan tekan ke atas loyang. Hias dengan white choc chip.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 160C selama 25 minit atau hingga masak.

Friday, May 17, 2019

Kerang air asam ala thai


Kerang air asam ala thai katanya.....

Gatal tangan.wooo kopek kerang nih....tapi teringin nak makan punya pasal kita pendamkan ajer rasa gatal tu....


Resepi kerang air asam

3 kg kerang - rebus/kukus (jangan lama sangat - agak2 masak boleh kopek jer) - kopek buang kulit sebelah dan susun dalam bekas hidangan.

Air asam

Cili padi - hiris
Cili masak - hiris
1 biji bawang besar - potong dadu
5 biji limau kasturi  - perah - potong 8 kulitnya atau hiris
2  sb asam jawa + ramas dengan 1 cawan air masak
1 kuntum bunga kantan - hiris
5 tangkai daun kesum - hiris
1 pokok ketumbar - hiris
1 sk belacan bakar
Sedikit sos ikan jika suka
Gula melaka dan garam secukup rasa

Satukan semua bahan air asam. Tuangkan ke atas kerang. Sedia dihidangkan.


Saturday, May 11, 2019

Sambal hitam.belimbing buluh


Sambal hitam belimbing buluh.....tiga hari 3 malam tau nak.siapkan sambal niπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Harus sedap banget... Mana taknya makan hari nak siap.....nak merebus belimbing tu lama.....jadi rebus kejap....simpan...esok sambung lagi....pastu simpan esok sambung lagi....🀭🀭🀭. Tak larat nak menunggu berjam2 jadi gitu ler yang hakak buat tiap kali masak sambal hitam pahang ni... Takpe la kan....janji siap....


Selalunya sebekas dalam 400 - 500 gm sambal hitam belimbing buluh ni harganya RM50 - 60 hengget.....bekas dadih tinggi tu dalam RM20 tapi tak penuh la........mahalkan tapi bila kita buat sendiri kita akan rasa harga tu bepatutan.....proses penyediaan yg ambil masa lama....kira berpatutan lakan.


Sambal hitam pahang @ ZLC

1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili padi (ni ikut citarasa...nak pedas lagi boleh tambah)
2 1/2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
Gula dan Garam secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak untuk menumis

Rebus belimbing dalam periuk tanpa air sehingga ia bertukar warna kecoklatan.
Hiris 1/2 biji bawang. Blend /tumbuk cili, ikan bilis, bawang. Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan belimbing. Lenyek2kan sedikit.

Tumis sehingga sedikit kering, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sedikit kicap. Sejukkan. Tapis minyaknya jika minyak tumisan agak banyak dan simpan dalam bekas kedap udara.


Saya suka sambal yang tak telalu kering..jadi masa merebus tu takde la sampai hitam dan kering sangat belimbingnya....apa2 pun ikut la citarasa masing2 masa menyediakan madakan yer.....

Udang, ayam,, brokoli goreng rangup dan homemade onion ring







Malam ni.....udang, ayam,, brokoli goreng rangup dan homemade onion ring.....

Homemade onion ring.....aritu pegi a&w tengok rega onion ring ni mahalnya alahai.....isi ada berapa ketul jer.....bail buat sendiri....sebiji bawang holland tu boleh dapat setalam onion ring.....ble makan sampai pitam πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Kemudian adunan tepung dan breadcrumb yg sama saya guna untuk goreng ayam, udang dan brokoli.










Nak resepi????

πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.....meh baca sampai habis

Bahan2nya

Bawang holland potong bulat
Brokoli potong la ikut suka
Dada ayam potong kiub
Udang buang kulit tengah (tinggalkan ekor ngan kepala tapi yg tajam hujung tu potong la....tak buang kalu, kang makan tercucuk usus hakak tak bertangungjawab hokey πŸ˜†)
Serbuk paprika

Gaul semua bahan diatas dengan serbuk paprika dalam bekas berasingan.

Adunan tepung

2 cawan tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji telur
Air secukupnya

Satukan semua bahan. Gaul rata. (Adunan tidak terlalu cair atau pekat....macam tepung goreng pisang gitew)

Serbuk roti secukupnya



Caranya 

Panaskan minyak yang banyak. 

Ambil gegelung bawang yang dah digaul serbuk paprika. Celup ke dalam adunan tepung. Kemudian angkat dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng dengan api sederhana hingga keperangan. Angkat dan toskan.

Ulangi proses untuk ayam, udang, brokoli hingga selesai.

Sekian.....moga bermanfaat.