ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, August 4, 2018
Kek oren kisar (Orange Blended Cake)
Kek rasmi kat opis....hahahhaha....kalau ada jamuan biasanya ada jer orang tempah kek oren ni. Sedap sangat kot.....hehehehe.....Alhamdulillah.
Orange Blended Cake @ ZLC
saiz loyang 9"
*3 biji telur gred A atau B ( biasanya saya guna 5 biji telur gred C)
*1 cawan minyak
* 1 sk garam (kalau guna salted butter cair tak perlu letak garam, ok)
*1 1/2 cwn gula
*1 biji buah oren - potong kecil, buang biji dan empulur tengahnya sahaja, kulit tak perlu buang, kisar sekali
*2 sb susu pekat
**2 cwn tepung gandum
**1 sudu besar baking powder
-------
Kisar * hingga hancur dan sebati.
**Ayak.
Tuangkan bahan kisar dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau sebati.
Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit kalau cupcake, dan 45 - 50 kalau dalam loyang tu...(masa membakar bergantung juga pada oven masing2 yer). Cucuk tengah kek dengan lidi atau cake tester kalau nak tahu kek dah masak atau belum. Tambah masa kalau masih basah.
No comments:
Post a Comment