Pages

Tuesday, May 8, 2018

Pucuk Paku Tumis Belacan


Hebatkan orang malaysia....paku pun dia kunyah telan habis...ada bran mau lawan....hahahha. Pucuk paku yang saya beli masa jalan-jalan cari lauk kat pasar jumaat jalan paip ni plan nak buat kerabu tapi takdan.....jadi kita tumis velachan ajer lah.....

Punya la rambang mata lama tak pegi pasar-pasar kampung camni.....rasa macam semua benda nak diborang....tapi memikirkan jari tak larat dah nak menjinjing barang....dah melebih muatan gayanya.


Pucuk paku tumis belacan

Bahan-bahan

2 ikat pucuk paku
10 biji cili padi *
Segenggam ikan bilis *
5 ulas awang merah  *
5 ulas bawang putih  *
2 inci belacan *
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumbuk *. Panaskan minyak dan tumiskan * hingga naik bau dan sedikit garing.
Seterusnya masukkan pucuk paku.
Kacau sebati, masak hingga pucuk paku layu. Perasakan dengan garam sekiranya perlu sebab belacan dan bilis dah masin. Tutup api dan hidangkan.


* kali ni saya guna lebihan sambal belacan yang disimpan dalam peti es. Bawang2 saya hiriskan dan bilis masuk terus tak tumbuk dulu. Saya tumiskan bawang2, bilis dan 1 sk serbuk belacan sebelum masukkan sambal belacan. Bahan tumisan dah pecah minyak baru saya masukkan pucuk paku.


No comments:

Post a Comment