ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Tuesday, February 13, 2018
Coleslaw
Coleslaw pelengkap hidangan ayam goreng kepci untuk majlis ilmu bersama Ustaz Syed Syahidan. Menu ni mudah disediakan...dibantu oleh anak2 tahfiz yang teruja bila diberi peluang guna food processor untuk mencincang sayuran. Sayuran elok sekata cincangan dan parutannya. tak terlalu kasar.
Coleslaw
1 biji kobis saiz kecil - cincang kecil
1 batang lobak merah saiz kecil - parut atau cincang
1 cawan mayonis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada hitam
3 sb perahan lemon
Satukan semua bahan. Sejukkan didalam peti ais sebelum dimakan.
No comments:
Post a Comment