Pages

Tuesday, January 2, 2018

Sup Tulang


Menu kedua tengahari ni. Sup tulang tumis darat. Makan dengan nasi panas2 , sedap ya amat. Pastu ada telur dadar....sambal belacan...ulam....lengkap dah....hehhehe....simple jer....kenyang Alhamdulillah.

Sup tulang zulfaza

1 kg tulang
200 gm daging

Rebus hingga empuk

Tumis bahan di bawah hingga naik bau dan keperangan dan masukkan dlm periuk sup

2 biji bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang putih hiris nipis
3 inci halia hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga


Masukkan dan renihkan hingga kentang dan lobak empuk.

3 biji kentang dibelah 4
1 batang lobak merah potong memanjang
garam secukup rasa

akhir sekali masukkan bahan di bawah dan masakkan selama 2 minit.

Daun sup dan daun bawang - hiris

Hidang bersama sambal kicap jika suka

1/2 labu bawang putih
2 genggam cili padi
1/2 cawan kicap pekat
perahan limau secukup rasa

Panaskan minyak. Masukkan cili dan bawang putih.....tutup kuali. Goreng  hingga layu. Tutup api sebelum buka penutup. (Pastikan kuali ditutup ketika menggoreng kerana cili akan meletup.) Kisar bersama 1/2 cawan kicap + jus limau hingga lumat.









No comments:

Post a Comment