ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Thursday, January 18, 2018
Kuih Lopes
Tetiba tekak teringin, tak sedap mulut...rasa nak makan benda2 manis. Teringat stok pulut dan gula nisan banyak, kelapa parut beku pun ada. Tanak pulut...masak air gula...tekap pulut guna gelas..dapatla 10 ketul kuih lopes pulut ni.....the first 2 ingat nak makan dulu....siap jer ada pulak tersembul si anak.... Ummi nak.....oklah...makan la nak... Buat pulak lagi 2 untuk hubby.....pastu anak2 lain dan kakak pun datang mengendeng.....sudahnya ummi pun dah tak rasa nak makan lagi.
Kuih lopes
Bahan2nya
2 cawan beras pulut
2 cawan air (atau air daun pandan)
sedikit garam
Masak seperti masak nasi.
Kelapa parut yg digaul garam secukup rasa (saya kukus kelapa ni supaya tahan lama)
Air gula melaka
2 ketul gula melaka
2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
Masak hingga semua gula larut dan air gula sedikit pekat.
penyediaannya
Ambil sesenduk pulut yang telah nasak dan leperkan. (Saya alas dengan plastik supaya tak melekit2) Ambil gelas atau cawan plastik. Celupkan gelas di dalam air dan tekap pulut. Gaulkan dengan kelapa parut. (Ulang proses hingga selesai - setiap kali celup gelas dalam air untuk mengelakkan pulut melekat pada gelas). Hidangkan bersama air gula.
No comments:
Post a Comment