Pages

Monday, December 18, 2017

Lepat Pisang


Lepat pisang sedap ya amat. Homemade memang la mabeles....secukup rasa dan pisangnya pun secukupnya. Kuih ni bukan saya buat tapi kakak, atuk dan pembantu rumah adik yg buat secara berjemaah. Saya sampai dari office tengok diorang tengah membungkus. Lepat ni menggunakan pisang nangka daripada kebun. Sayang banyak lagi tak habis....kalau biarkan busuk. Daun pisang pulak amik kat surau....entah pokok yang mana satu kakak saya ambil.....daunnya agak tebal dan sedikit keras tapi tak kisahla....janji boleh bungkus lepat dan bukannya nak dimakan daunnyakan....hehhehe.


Lepat @ belebat pisang

Bahan-bahan

Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
20 biji pisang abu yg masak- dilenyek halus
1/2 cawan gula pasir @ ikut citarasa
5 sudu besar merah
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut

secubit garam

Cara-Cara

Layurkan daun pisang secukupnya. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula merah, air dan gaul sebati.

Masukkan tepung beras, gaul lagi dan masukkan kelapa parut dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang.

Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 30 minit. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment