ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Monday, December 18, 2017
Kek Lobak Merah
Kek carot, saya buat minggu lepas untuk tetamu hubby yang datang atas urusan kerja. Kek ni tak berapa nak sejuk masa letak topping sebab saya start baking agak lambat....almaklumlah weekend banyak benda yang nak kena settle.
Resepi kali ni saya perolehi daripada Ayu Little Kitchen. Sangat berpuashati dengan hasilnya. Anak2 pun suka. Untuk tahan lama, kek ni saya simpan dalam peti sejuk.
Kek lobak merah (carot cake)
Bahan A:
1 1/2 cawan minyak jagung
4 biji telur
120g gula castor
120g gula perang
*pukul semua bahan guna whisk hingga gula larut
Bahan B:
250g tepung gandum
1 sdt soda bicarbonat
2 sdt baking powder
2 sdt serbuk kayu manis
1/4 sdt garam halus
*ayak semua bahan
Bahan C:
1 cawan kismis hitam
1 cawan kacang walnut (cincang)
1 1/2 cawan carrot parut & cincang
*gaulkan semua bahan
#satukan semua bahan A, B & C dalam satu bekas. Then tuang dalam loyang. Bakar 1jam 150-160C @ sehingga kek masak.
Creamcheese topping:
250g creamcheese (tatura)
120g gula castor
120g butter
*pukul hingga sebati
Untuk carrot, ambil sedikit adunan cheese ini dan warnakan hijau & oren. Bentuk guna piping bag je kalau nak decolah...kalau tidak dah sejuk potong terus ngap.
No comments:
Post a Comment