ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Thursday, December 28, 2017
Briyani Ayam Abang Sado JJ
Tempahan nasi briyani abang sado JJ untuk tahlil di rumah jiran aritu....alhamdulillah....sesuka jer memenuhi permintaan jenjiran yang minta tolong masakkan....tahlil malam pertama aritu pun dia terdesak....restoran takde yang nak terima tempahan....jadi kawan suggest dia order kat kitorg. Kebetulan takde apa2 program.....kami pun terima lah tempahannya. Kali ni tahlil untuk hari ke 40....family dia minta buatkan. Jadi kali ni dia terus contact hubby minta masakkan briyani dan ayam goreng...
Gambar proper tak sempat ambil masa tu...sebab saya kebetulan bertugas diperbatasan...hehehehe. Habis jer kerja terus pecut balik rumah tolong hubby siapkan apa yang tak siap2 lagi. Alhamdulillah sempat la siap hantar sebelum Isyak dan feedback amat memberansangkan.
RESEPI NASI BRIYANI ABANG SADO JJ
Only @ zulfadreamland.blogspot.com
Untuk nasi
15 cawan beras brasmati direndam selama 30 minit dan toskan hingga kering (saya guna beras pusa)
2 pokok daun ketumbar
250 gm daun pudina
4 helai daun pandan
4 biji bawang Besar - kisar
20 ulas bawang merah dihiris dan digoreng
2 labu Bawang Putih - kisar
2 inci Halia
1 sb Ibu Briani/4 sb rempah briyani biasa
3 kuntum Bunga lawang
2 btg Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
1/2 cwn minyak masak
1 cwn Minyak sapi QBB
1 cawan Susu Cair
**separuh biji perahan lemon @ 4 sb sunquick oren
air ikut sukatan beras 1 cwn beras : 1 1/4 cawan cecair termasuk susu.
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis (pilihan)
Sedikit Pewarna Merah dan Kuning
sedikit air mawar (jika suka)
___
Tumis semua bahan yang dikisar bersama daun pandan dan rempah tumis.
Masukkan ibu briani. (Kalau takde ble guna rempah briyani biasa tu jer)
Masukkan masukkan air, lemon. Masukkan daun-daun (tinggalkan sedikit untuk tabur selepas nasi masak). Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan beras, kacau kerap sebelum airnya kering.
Bila air dah kering jangan kacau dah. Kecilkan api. Titiskan pewarna dan air mawar jika suka dan tutup periuk serta tindih rapat supaya wap tidak keluar.
Biarkan nasi tanak selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tutup api....Biarkan lebih kurang 5 - 10 minit. Buka penutup dan kareh/gembur rata nasi tadi. Pastikan jangan di kacau kasar2 nanti nasinya patah. Korek dari tepi periuk. Tabur bawang goreng, gajus, kismis dan baki daun.
*****jumlah cecair ni kena tengok jenis beras. Kalu guna pusa cream jumlah yg biasa saya guna 1 cwn beras : 1 1/4 cecair
Lauk briyani - (cara tumis)
1 kilo lamb shoulder lamb shoulder
2 batang karot - Potong 2 inci dan belah 4
Bahan tumis
4 sb rempah briyani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
Kisar *
Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
**5 biji tomato - kisar (Boleh juga menggunakan tomato puree tin kecil)
***4 biji cili hijau/cili api pun boleh - kisar
****6 sb madu
****2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
****1/2 keping gula melaka
****4 sb sos tiram
****4 sb sos cili
****4 sb sos tomato
Garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang -hiris
Secekak daun pudina - ambil daunnya
1/2 batang chinese leek - Potong 2 inci dan belah 4
4 sb minyak sapi (QBB paling best) + 1/4 cawan minyak masak
Bahan pilihan
250 gm bawang goreng
3 sb kismis -goreng
Gajus - goreng
Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan*. Tumis hingga naik bau dan layu. Masukkan rempah briyani. tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili hijau kisar, kacau sebati. Masukkan daging dan karot masak hingga mendidih daging lembut. Masukkan **** dan kacau rata. (Kalau guna ayam daging masukkan setelah kuah agak pekat sebab ayam daging cepat empuk dan hancur - lebih sedap sekiranya menggunakan ayam pencen atau ayam kampung sebab masakan ini perlu dimasak lama supaya semua bahan menyerap ke dalam daging). Perisakan dengan garam secukupnya. (Rasa briyani johor agak manis sedikit - sesuaikan rasa manis masinnya ikut selera)
Masukkan bawang goreng sekiranya kuahnya masih cair. Taburkan kismis dan gajus jika suka.
***kacau sekali selalu supaya tak hangit.
Resepi pecuk/jelatah
3 biji timun dipotong kecil
1 biji nenas dipotong kecil
2 biji bawang besar hiris
1 biji karot hiris nipis
2 biji cili merah/hijau & cili padi hiris
Cuka, gula dan garam secukup rasa
Satukan dan gaul rata.
Resepi dalca
1 cawan kacang dhal - rendam dan rebus sampai empuk hampir hancur
Santan cair/susu cair/air secukupnya
1 sk (penuh) asam jawa bancuh dengan 1/4 cawan air
* 3 biji Bawang besar
* 2 inci halia
* 6 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 biji terung -potong ikut suka
2 biji kentang - potong ikut suka
1 batang lobak merah - potong ikut suka
sedikit kacang panjang - potong 2 inci
1/4 cawan rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Tumis * dan daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah tumis dan tumiskan seketika. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan air, dhal dan kentang. Masak hingga kentang hampir empuk. Masukkan santan/ susu, lobak. Masak hingga lobak hampir empuk. Masukkan terung dan kacang. Masak hingga mendidih dan sayur empuk. Tutup api.
No comments:
Post a Comment