ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Sunday, November 12, 2017
Donut gebu
Sarapan pagi ringkas jer....hubby kerja jadi buatkan sarapan ringan jer untuk anak2.
Anak kata cenggini 👍👍👍👍 rasa dia....😄. Resepi kali ni berbeza sikit dari resepi yang saya guna sebelum ni. Saja nak test2 resepi. Hasil....Alhamdilullah...cemerlang.
Donut Gebus
500 gm - Tepung High Protien
5 gm Garam
50 gm - Gula
6 gm - Yis
5 gm - bread improver
75 gm - minyak masak
1 biji telur (gred C)
100 gm - susu fullcream
200 gm Air Sejuk
Satukan *. Masukkan bahan2 lain dan uli hingga doh licin dan elastik. Atau kalau guna breadmaker masukkan cecair dulu diikut bahan2 pepejal. Set BM utk doh.
Dah siap uli tak perlu perap. Terus bahagi doh dah buat bentuk donut. Susun atas tray yang di tabur sedikit tepung.
Biarkan naik 2 - 3 kali ganda. Goreng dengan api perlahan hingga keperangan.
No comments:
Post a Comment