ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Sunday, October 8, 2017
Sayur kimchan celup tepung
Minum petang dengan kimchan akan kudup bunga lili atau dikrnali juga dengan nama bunga pisang goreng celup tepung. Buah tangan kawan sepejabat yang bercuti di cameron baru2 ni.
Kalau kat sini saya tak pernah jumpa yg fresh kecuali yang dah kering....yg selalu orang masukkan dalam masak lemak fucuk dan suun tu..... Biasanya nak merasa makan yang fresh ni bila ada kengkawan naik ke tanah tinggi nun... Agak2 kalau tanam dalam paau depan rumah ble hidup ker erkkkk....dengan cuaca panas meneheng tu agaknya bunga lili tu pun segan nak berbunga...
Berbalik kepada kudup bunga lili ni qtau pun sayur kimchan...eja betul2 bukan sin chan... selain digoreng celup tepung gini sedqp juga ditumis.....pendek kata sedap masak camna pun...masuk dalm masak lemak udang pun ok jer.
Resepi tak payah share la kan....tepung tu bancuh jer macam nak goreng pisang atau keledek tu... atau ada yg celup telur pastu golek kat tepung kentaki...ikut la nak buat camna...jajnji lepas tu sedap dimakan...
No comments:
Post a Comment