ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Wednesday, August 2, 2017
Kuay Tiaw Sup Sempoi-sempoi ajer
Sarapan pagi semalam. Menu sempoi jer.
Kuay Tiaw Sup Sempoi
Untuk sup
1/2 kg daging - hiris nipis dan rebus hingga empuk
Bahan tumis
1 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 batang kulit kayu mania
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
(**rempah tumis 4 sekawan boleh ganti dengan sup bunjut)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 ketul kecil gula batu
Air secukupnya
Tumis bahan bawang2 dan halia hingga keperangan. Masukkan rempah tumis dan tumis aeketika. Tuangkan ke dalam periuk rebusan daging.
Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga mendidih. Sedia dihidangkan.
Sambal kicap
Cili padi
Bawang putih
Kicap masin
Goreng cili padi dan bawang putih hingga layu. Kisar dengan kicap.
Pelengkap hidangan
Kuay tiaw
Sawi - celur
Tauge - celur
Hirisan daun sup dan daun bawang
Fish cake dan fish ball
No comments:
Post a Comment