Pages

Wednesday, June 7, 2017

Menu Iftar 10 Ramadhan : Nasi Ayam


Nasi ayam istimewa untuk iftar semalam. Simply delicious.......tambahan bila dijamu beramai2 bersama anak2 tahfiz Mutqan. 


Resepi nasi ayam
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Penyediaan stok

1 ekor ayam (atau bahagian pilihan) - potong ikut citarasa
3 inci halia - ketuk
2 sb garam

Rebus ayam selama 10 minit. Toskan ayam. Ketepikan air rebusan.


Untuk ayam

Ayam yang telah direbus tadi
8 ulas bawang putih kisar
4 sb kicap
garam secukup rasa
4 sb gula/madu

Gaul rata dan perap seketika sebelum digoreng.

Nasi 

Bahan2nya

6 pot beras  - basuh dan tos
6 pot air rebusan daging (bergantung jenis beras yang digunakan)
garam
3 batang serai ketuk.

Tanak nasi macam biasa.


Bahan tumis

1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sb mentega
3 sb minyak masak

Panaskan minyak. Tumis bahan diatas hingga naik bau dan sedikit keperangan. Tuangkan dalam nasi yang telah masak dan kareh/gembur nasi sehingga semua bahan rata.

***************

Salad

Timun
Daun salad 
Tomato

**********


Sambal nasi ayam zulfaza

Bahan2nya

6 sos cili
25 biji cili padi
5 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air rebusan ayam
1/4 cawan kicap

Kisar semua hingga halus. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat.

*****************

Untuk sup

Stok ayam bersama kaki dan lehernya.
1 batang lobak merah
1 biji kentang

Bahan Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sb minyak masak

Pelengkap rasa

Daun sup dan daun bawang.

Masukkan stok ke dalam periuk. Masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga empuk. Tumis hingga naik bau dan bawang perang. Tuangkan bahan tumis dan tabur daun sup dan daun bawang semasa menghidang..

No comments:

Post a Comment