Pages

Sunday, June 11, 2017

Cornflake crunch cookies/ Biskut conflakes crunch.

Biskut seterusnya untuk syawal 2017, Cornflakes crunch cookies/ Biskut conflakes crunch.


Biskut ni guna resepi kak wan lagi....tahun ni banyak biskut guna resepi cilok dari kak wan...😘. Saya olah jumlah gulanya sikit.....kurangkan 30 gm dari resepi asal.


Cornflake crunch cookies/ Biskut conflakes crunch.

Bahan A

280 gm mentega
2 biji telur saiz B
150 gm gula castor
1/2 sk esen vanilla

Bahan B

320 gm tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/8 sk emplex


Pukul bahan A hingga gebu. Masukkan bahan B yang telah diayak.  Gaul rata hingga memjadi doh yang lembut. Rehatkan di dalam peti sejuk semalaman.

Ambil 1/2 sk doh dan golekkan di dalam conflakes. Susun dalam loyang. Jarakkan antara doh sebab biskut akan meleper dan mengembang.

Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahullu pada suhu 150 celcius selama 20 - 25 minit.

Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment