Pages

Sunday, June 4, 2017

Biskut Sarang Semut


Mengukis lagi hari ni. Target 2 kukis sehari untuk hujung minggu. Hari bekerja dah tak sempat nak buat....masa terhad. Balik kerja sibuk memasak juadah berbuka. Siap masak dah dekat maghrib. Jadi masa yang ada untuk mengukis cuma waktu hujung minggu sahaja....sebelah pagi sampai tengahari. Jadi dapat la dua jenis....satu adunan jer untuk setiap jenis. Dah dapat la 4 jenis untuk hujung minggu ni.

Resepi hanieliza.fotopages saya olah sedikit sebab tak jumpa tepung jagung. Warna sarangnya lebih kekuningan...rasa lebih kurang jer.


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm mentega
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak (saya guna tepung kastard)
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil



Cara
1. Pukul kembang mentega dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. } Ayu guna mixer jerk
3. Masukkan tepung dan gaul rata. }
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.





No comments:

Post a Comment